Khamis, 7 Oktober 2010

KEM CUTI SEKOLAH BERSAMA REBUTIA

Salam
Tak kelewatan bagi uncle untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yg bergelar teman, adik2, abg2, kakak2, ibu2, bapa2. Moga ikatan antara kita dan keluarga kita semakin teguh diulit dengan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain.

Ke mana pun langkah kita, jauh mana hijrah kita, bawaklah diri menyepi sekali pun, kita tetap memiliki keluarga yang sama. Kita tetap memiliki tanggungjawab yang sama, membela dan menjaga keluarga kita. Ikatan ini takkan putus sehingga ke alam yg kekal abadi walau apa pun sebabnya. Belajarlah menghormati sesama ahli keluarga. Masa dalam kesempitan, keluargalah tempat kita mengadu. Maka, masa kita senang bantulah ahli keluarga yg memerlukan. Bukan susah untuk kita ikat kasih sayang bersama mereka. kalau salah perbuatan kita, sekadar dengan ucapan MAAF, banyak ego boleh lebur. Kalau betul pun tindakan kita, tak salah untuk kita pohon keMAAFan. Niatkan dalam hati untuk membahagiakan ibu dan bapa kita. Susah hati dibuatnya ibu bapa kita kalau dgn darah daging sendiri pun nak bermusuhan. Bila mereka sedih, sudah tentu Allah tak redha. bukankah matlamat kita mencari BAHAGIA??. Renung2kanlah adik2 ku sekalian.

Justeru itu kepada ibu2, bapa2 serta blogger sekalian, REBUTIA CORPORATION sekali lagi tahun ini akan menganjurkan kem cuti sekolah. Fokus saya, agar anak2 tuan2 dan puan2 sekalian sentiasa menghormati dan menyayangi kalian. Selalu memohon kemaafan jika melakukan kesalahan. jadi anak yg soleh dan solehah. Kita berikhtiar dan doakan agar anak2 kita lembut hatinya. Jumpa saya dan sahabat2 saya di dalam kem ini..


Lebih Menarik, Padat dengan aktiviti, Lebih Lama dan Modul Islamik

Selasa, 9 Mac 2010

Untuk Yg Tercinta...


Melangkah ke tahun baru 2010 dengan impian, kerana Allah


Damai yg dicari...

Salam...
Tajuk entri kali ini pasti menimbulkan tanda tanya. Takde apa2, cuma yg tercinta bg uncle hanyalah kalian, sebagai pembaca @ follower blog yg hampir usang ini. Maaf, lantaran kekangan masa dan waktu yg agak terbatas lewat ini, hampir-hampir membuat uncle lupa tempat luahan sisa2 perjalanan ini.
Buat yg dirindu adik2 uncle sekalian, apa khabar??? Sihat??? Masih bersemangat waja dalam menuntut ilmu Tuhan??
Buat yg dikasihi sahabat2 sekalian, salam mahabbah??? moga ikatan terus utuh, diredhaiNya sepanjang hayat.
Uncle menulis bukan kerana nama, Uncle menulis bukan kerana harta. Uncle menulis, kerana dgn tulisan mesej sampai ke sasaran. Dengan menulis, kalian lebih faham tentang kehidupan yg dikongsi utk orang2 yg mahu berfikir.. Dalam maksud kali ini, sesuai dgn usia uncle hari ini yg menjengah ke alam 30-an.
Banyak yang kita lakukan dalam hidup kita, BETUL. banyak juga yang kita lakukan dalam hidup kita, TAK BETUL. Perhitungan kita, pertimbangan kita kadang2 banyak dipengaruhi dgn pertimbangan nafsu. Semua orang INGIN. Ingin berjaya, ingin memiliki harta, ingin berkeluarga, ingin dihormati, ingin disayangi, ingin memiliki wang yg banyak sehingga sanggup menindas org lain, ingin menunjukkan dia yg paling hebat dan bermacam2 lagi. Tak ramai yg ingin pada perkara ini. Yang mana bila ingin perkara ini, InsyaAllah perkara2 lain akan dapat dengan sendirinya. Inginlah tuan2 dan puan2 dengan ingin sentiasa mendapat redha Allah. Bila mana Allah redha, apa pun yg kita buat pasti berjaya. Tak perlulah kita berjaya jika mana, bila merentas laluan kejayaan itu bukan sahaja lalang atau duri yg kita cantas, tapi tumbuh-tumbuhan yg tak ada kena-mengena pun kita tebas sekali. Alasan kita, tumbuh-tumbuhan itu liabiliti atau tanggungan yg tidak berfaedah. Sedangkan kita tahu, tumbuh-tumbuhan itulah yg sentiasa membekalkan kita dgn ilmu tambahan. Oleh kerana mula alpa, lantaran ilmu diri yg lebih tinggi daripada si tumbuh-tumbuhan yg tak berguna mungkin, maka kita lencongkan niat asal kebersamaan.
Kita mungkin pernah jatuh. Jatuhnya kita sehingga kita jadi trauma. Bila jatuh, jawapan yg mudah, bangkit semula. tapi kita jadi takut. takut jatuh lagi. Sebenarnya kita sakit. Sakit ni org psikiatrik tahu. Bahasa mudah, kita sakit jiwa. sakit jiwa ini boleh ubat. ubatnya berjumpa pakar. Makan ubat dan insyaAllah pulih semula. Sebenarnya tak susah pun untuk bangun. Boleh bangun, dgn syarat hati dan jiwa kena bersih. Kena baik sangka dengan org lain. (kadang2 kena hati2 jugak). Kejarlah untuk senantiasa hidup bahagia. Bukan ke damai yg kita cari???

Oh ya, lupa uncle nak maklum. Pejabat REBUTIA CORPORATION SDN. BHD. telah pun berpindah dari Wisma Sejarah, Kuala Lumpur ke pejabat baru di T5-2D, Tingkat 2, Kompleks Amaniah (M.A.I.S), 68100 Batu Caves, Selangor. Ada masa singgah2la. Datangla beramai2, insyaAllah cukup ruang. Kalau pejabat dulu 5 org je dah penuh. Yang ni boleh lebih sikitla.

Buat adik2 yg bakal mengambil keputusan SPM pada 11hb mac ini, uncle doakan All the best terutama Adik Izzhar, Meor Fahmy, Muiz, Danial, Amirah, Ayuni, Izzati, Azfar, Kay(staf RCORP), anak2 buah uncle, Faiz dan Marleeny dan adik2 yg lain yg tak tersebut namanya disini. Moga mendapat keputusan yg terbaik. Ingat apa pun keputusannya, terima dengan hati yg ikhlas dan syukur. Dan jangan lupa untuk teruskan perjuangan kalian di medan pelajaran.

Buat adik2ku yg sudah pun mendirikan rumah tangga, binalah keluarga dengan kasih sayang, cinta kerana Allah. Amanah dari Illahi perlu dijaga, agar kesejahteraan dan kebahagiaan sentiasa bersama kalian. Maaf kepada semua, tak terdetik atau terlintas dihati ini untuk tidak menghadiri majlis kalian. Uncle tahu, ada yg jauh hati dengan uncle kerana harapan yg menggunung utk mahu uncle melihat mahligai yg dibina. Fahamilah ya, akan tanggungjawab uncle yg lebih besar, utk ummah. Sekadar dapat membantu kalian membesar di tangan ini pun dah cukup puas dalam diri uncle. Uncle tak minta lebih daripada itu, sekadar memahami tugas dan tanggungjawab uncle sahaja. Jangan kerana ini, adik2 membuang uncle dalam hati kalian. Uncle jenis orang yg hidup dan membesar dalam kenangan. Kenangan adalah hadiah yg paling mahal dalam hidup uncle.

Akhir bicara, untuk semua yg mengenali, rumah ini, pejabat ini sentiasa menanti tetamu2 yg dinanti. Tapi tak kunjung2 tiba. Tapi uncle yakin, sejauh mana pun kalian melangkah, satu waktu @ ketika kalian akan muncul jua di muka pintu ini, tanda rindu dan kasih, yg dibina dulu kala, walau tanpa bicara, airmata sebagai tanda...

Khamis, 10 September 2009

Ramadhanku..

Salam.
Alhamdulillah, dah masuk kita ke fasa ketiga bulan Ramadhan. Maknanya fasa ini peluang untuk kita semua merebut malam Lailatul Qadar. Malam yg dinanti2kan seluruh umat Islam. Moga kita tergolong di antara org2 yg beroleh rahmat tersebut. Uncle seperti biasa, rutin Ramadhan kali ini agak berbeza berbanding tahun2 sebelumnya. Biasanya berbuka di rumah sahaja sebab selalunya ada tetamu yg dtg berbuka. Mungkin kali ini masing2 sibuk dgn tugas dan pembelajaran masing2. So, niat nak memasak tu agak kurangla. Kebetulan, ada sahabat ajak berbuka di masjid, so pegi jelah. Tak penat nak memasak, so tenaga yg ada bolehlah tambah energy terawikh. Huhu. Seronok juga berbuka di masjid ni, ramai orang yg datang. Kat sini kebanyakannya orang2 dewasa. Ada la jugak sedikit remaja dan kanak2. Lepas tu solat maghrib berjemaah. Selalunya uncle bawak baju 'spare'. Lepas maghrib apa lagi mandi terus siap2 bersedia utk isyak, tazkirah dan tarawikhnya. Hehe, nak balik rumah jauh lak tu yg stay je. Uncle jadi seronok solat kat situ sebab imam2 tarawikh merdu suaranya. Maklumlah adik2 hafiz Quran dari Kelantan. Pastu tak laju tak lambat, sedang2 je. Awal2 ri tu, uncle dah macam budak2 je, sebab buat lapan rakaat. Huhu, tak larat. Tapi sekarang dah buleh dah buat 20 rakaat. Belum rebah lagi la dan nafas masih kontrol. Badan pun rasa cam ringan je. Dah kurus kot, hak hak hak. Abis je tarawikh, dah jadi rutin baru lak, moreh kat kedai. Angkut semua adik2 imam hafiz sekali. Maklumlah masa buka puasa semua makan sikit2, takut takleh tarawikh. Uncle ok je, imam la risau takut lupa baca surah, hehe. So, apa lagi, moreh agak beratla. Dah selesai, terus hantar yg lain2 balik ke masjid dan uncle pun teruslah meluncur laju bersama ferrari merah ku ke rumah. Sampai kat rumah pun antara kul 1 - 3 pagi. For sure la takleh lelap. Jadi masa yg ada belek2la buku2 yg ada jenis beli tak sempat baca2 lagi ni. Hehe. Selalu sgtla macam tu. Ni pun masa balik masjid tadi singgah petronas, sangkut jugak 3-4 buku. Yang ni bila pulak nak baca. Lepas subuh, biasanya masuk opis. Tengahari cam biasa, ilang ingatan sekejap. Petang biasa dah sampai masjid semula sebab nak urus untuk program pecutan akhir untuk adik2 PMR dan SPM minggu ni. Agak unik sikit la jadual harian ni. Banyak masa digunakan untuk kembali mengikat hati dan jiwa kepada Allah. Waktu lain kadang2 kita rasa macam penuh sahaja sehinggakan waktu bersama Tuhan selalu disingkat2kan. Moga2 Ramadhan kali ini dapat kita semua beribadah dengan sebaik2nya. Luangkan masa bersama keluarga di rumah2 Allah.

2 hari lepas, selepas tarawikh, uncle tak terus pulang ke rumah. Hantar sahaja adik2 imam, uncle terus ke pinggir Kuala Lumpur. Teringat seorang adik program. Kebetulan beliau tgh bekerja malam, jadi bolehlah berjumpa sambil2 minum. Nak jadi ceritanya, tgh berbual-bual, datang sekumpulan adik2 remaja seawal usia 13-14 tahun. Merayau, tanpa ada tujuan. Sempat jugakla uncle ajak mereka minum sama2. Kami pun sembang panjang, sehingga mereka pun suspen jugak sbb uncle pun tak perkenalkan diri. Tapi, adik2 tu agak friendly, sebab biasanya orang melabel kalau kutu rayau tu biasanya trouble maker. Adik2 ini istimewa, sebab baik sangat, cuma tak dibimbing dengan sebaik2nya. Agak hairan, di saat ketika byk kes2 jenayah berlaku di waktu malam, adik2 ini bebas bermain di luar rumah. Bila ditanya, mak ayah tak marah ke balik lambat2 ni? Salah seorang pun menjawab, mak ayah tak kisah uncle, janji balik rumah. Allah, sedihnya hati dengar jawapan. Kalaulah ini anak2 uncle, sekurang2nya diwaktu ini dah tentu sedang lena di rumah sambil di setiap ketika uncle menatap wajah sorang2 dgn perasaan sayang. Kalaulah.. Apakah bila saat anak2 dah mati baru nak menyesal? Uncle tak salahkan adik2 tu. Malah uncle rasa sayang dgn mereka. Ibu2 dan bapa2 di luar sana., Uncle harap anda sedar kembali, dan bertanggungjawablah. Waktu malam selewat awal pagi, bukanlah waktu yg baik utk anak2 berada di luar tanpa pengawasan. Mereka terdedah pada jenayah. Malah semasa uncle berada di tempat itu yg berdekatan dengan sebuah restoran 24 jam, sambil sedang menikmati chicken chop, terdengar secara sulit perbualan beberapa orang dewasa di meja belakang uncle yg sedang menjalankan bisnes haram. Lagilah uncle risau. Risau takut adik2 itu terjebak dan disalahgunakan oleh mereka. Moga2 Allah lindungi mereka. Tatkala uncle tinggalkan mereka lebih kurang 4 pagi, mereka masih lagi merayau2 tak pulang lagi ke rumah. Moga nasihat yg uncle berikan kepada mereka, terbuka hati untuk jadikan diri mereka lebih baik.
Itu satu kisah yg uncle sendiri alami. Di tempat2 lain? Pasti jua perkara yg sama berlaku. Uncle akan terus merayau malam, untuk terus memberi teguran untuk bawa kembali adik2 ini kembali kepada fitrah. Ya Allah, Kau jadikanlah aku di bulanMu yg mulia ini bertambah kuat, untuk kugagahkan kaki ini demi agamaMu.

Selasa, 25 Ogos 2009

PROGRAM ANAKKU HEBAT : Pecutan Akhir PMR dan SPM 2009

Salam
Program Ramadhan Rebutia Corp. kali ini julung2 kali dianjurkan utk pelajar secara terbuka.
Berminat, bolehlah terus menghubungi uncle..

PROGRAM ANAKKU HEBAT : Pecutan Akhir PMR dan SPM 2009
Tarikh : 11-13 September 2009 (3 Hari 2 Malam)
Tempat : Masjid Al-khairiyah, Taman Sri Gombak
Yuran : RM 10 sahaja (Termasuk program dan makan minum)
Sasaran : Pelajar Tingkatan 3 dan 5 2009
Anjuran : Masjid Al-Khairiyah, TSG
Dengan kerjasama : Rebutia Corporation Sdn. Bhd.
Pengisian : Kembali Kepada Fitrah ( Solat, Qiammullail, Amalan Do'a, hikmah Berpuasa)
Persediaan Peperiksaan ( Sebelum, Semasa dan Selepas )
Menangani Tekanan Secara bijak
Budaya Belajar di saat2 Terakhir

Untuk menyertai, call uncle 019-768 2271 @ 017-382 2006
Jumpa di sana...




Ahad, 23 Ogos 2009

Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Salam..
2 kali peluang hadir menonton Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Pertama pada 18 Ogos, kedua 20 Ogos 2009 iaitu pada malam gala atas tiket yg diberi pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sedikit sebanyak penghayatan kemerdekaan tahun ini uncle dapat isi dengan sebaiknya. Sebelum itu dengan konvoi berkereta amal kemerdekaan pada 2 Ogos 2009. Terima kasih kepada pihak ASWaRA yg sudi memberi ruang kepada kami utk bersama lagi. Sebelum ini uncle terlibat sepenuhnya dengan orientasi pelajar ASWARA pada bulan lalu sebagai kem komandan dan motivator.


Pelakon Utama, Rashidi Ishak dan Fauziah Latif bergambar dengan bakal pelakon, hehehe.


Barisan pelakon dan krew Teater Muzikal Tun Abdul Razak


Delegasi dari Rebutia dan Pejabat Belia dan Sukan Gombak bersama Sifu M. Nasir dan isteri, Marlia Musa


Uncle bersama adik2 dari ASWARA (ingat Hazlami je, yg lain2 tak igt nama, jgn marah ha)


Uncle bersama Dato' Rahim Razali, selaku Pengarah Teater ini


Ustaz Sham pulak dengan Dato'.


Uncle bersama orang2 kuat dari ASWARA

Apapun, uncle suka melihat dari konteks yg positif. Secara keseluruhan, pementasan ini sangat hebat walaupun dijayakan sebahagian besarnya oleh adik2 dari ASWARA sendiri. Berjaya membawa penonton mengimbau sejarah lama yg sebelum ini hanya terdapat di buku2 teks sejarah sekolah. Berjaya juga membuat uncle berfikir tentang negara kita suatu masa dulu yg agak daif kerana dijajah akhirnya telah bangkit membangun. Andai kata adik2 zaman ini faham tentang perjuangan, sudah tentu berjaya mengelakkan diri mereka dari dijajah mindanya. Rosak, kerana seronok mengejar apa yg mudah dikejar.

Akhirnya, kami berlabuh di Kampung Baru menikmati nasi lemak di sana bersama Abg Zaya, Pn Nul, Sham dan adik2 ASWARA. Bila lagi kita dapat bersama2 menikmati suasana ini. InsyaAllah jika panjang umur..

Azam dan Matlamat

Salam..
Semalam uncle dikunjungi seorang adik dari Terengganu. Datang dari Terengganu, semata-mata nak menceritakan azam dan perancangan masa depan. Ini pertemuan kedua uncle dgn beliau selepas program tempoh hari. Program yg mana telah diatur oleh pihak berkuasa kerana adik ini pernah terlibat dgn gejala sosial. Uncle rasa gembira kerana ada kesedaran darinya utk berubah menjadi lebih baik. Umur masih muda, dan sepatutnya masih bersekolah, tetapi akibat dari salah memilih kawan, akhirnya tidak berminat langsung utk menuntut ilmu. Tak sempat pun merasa belajar di peringkat menengah. Kalau di zaman dulu, ramai juga tak belajar di peringkat menengah, tapi masih boleh menjawat jawatan tinggi, tapi situasi zaman ini amat berbeza. Pendidikan sedikit sebanyak penting utk proses kematangan seseorang itu. Tapi, seperti ada sesuatu dalam diri uncle, bahawa adik ini ada keistimewaannya. Uncle jarang mempercayai orang, tapi kali ini, seperti mengiyakan sahaja apa yg dikatakannya. Seharian kami berbual, kerap kali beliau berjanji utk merubah nasib diri dan keluarga. Sebagai orang luar, kalau dia tak sebut pun bukan ada makna apa2 pada uncle. Apatah lagi tidak wujud langsung tali persaudaraan. Tetapi keikhlasan adik ini meluahkan apa yg ada dalam dirinya uncle harap sangat agar ada sesuatu yg baik akan menjelma, bukan utk uncle, tapi utk dirinya dan keluarga.

Kesusahan yg kita alami dalam hidup ini harus dilalui dengan penuh kesabaran. Sentiasa percaya pada pertolongan Allah. Kesilapan dalam membuat keputusan dalam kehidupan, kadang2 menjadikan kita lebih dewasa dan mengenal halatuju. Allah lebih mengerti apa yg terbaik utk hambaNya. Sebagai hamba Allah kita dituntut utk sentiasa memperbaiki diri dgn akhlak yg baik. Jangan dijadikan alasan kelemahan kita dan kekurangan kita utk tidak mahu berubah. Byk jalan yg baik yg boleh kita pilih dengan menggunakan akal yg kita ada. Tidak susah sebenarnya utk kita buat pilihan dalam hidup. Cuma kadang2 tindakan yg kita buat tidak menggunakan akal yg waras, kerna didorong dengan nafsu.

Kepada adik tadi, semasa menghantar beliau ke hentian bas semalam, maaf andai dibebankan dengan harapan yg besar dari uncle. Usah risau, jika kita tak kaya wang ringgit, yg penting kita kaya dgn kesungguhan, kaya dengan kasih sayang keluarga. Yg sudah tu sudahla, apa pun kesilapan yg pernah kita lakukan. Yg penting akan datang nanti, ruang dan peluang cukup luas menanti kita. Jangan lupa utk sentiasa lafaz syukur kepada Pemberi ruang dan peluang itu. Ibu dan ayah adik masih bersama adik. Uncle tahu adik boleh. Tempoh 2 tahun yg adik bagi pada uncle sebagai penanda aras, uncle akan tunggu. Adik juga layak utk bahagia..

Rabu, 5 Ogos 2009

Uncle rindu...

Niat hanya untuk menghantar sumbangan tajaan dari Kelab untuk rumah anak yatim itu dan terus pergi, tapi akhirnya uncle akur dengan ketentuanNya. Dari berdiri di luar rumah, akhirnya dijemput nenek pengasuh itu utk masuk duduk bersama adik2. Dari enjin kereta masih hidup, sehingga ianya terpaksa dimatikan kerana syahdu mendengar suara adik2 mengaji bersama para sukarelawan. Rindu sebenarnya dengan suasana ini. Lama dulu, pernah menabur bakti di rumah ini. 2 tahun uncle terpisah dengan mereka dek kerana salah faham dari pihak lain menyebabkan uncle membawa diri. Rupa-rupanya mereka masih setia menunggu kehadiran uncle. Malam ini uncle rasa bahagia sangat, kerana adik2 yg dulu masih ada lagi sebahagiannya. Ramai juga adik2 yg baru. Nenek banyak bercerita tentang perkembangan terkini adik2. Ramai yg telah meningkat dari sudut pelajaran. Keakraban sesama mereka amat kuat. Hati ini bertambah syahdu tatkala adik2 menyanyikan beberapa buah lagu untuk uncle. Kalau dulu, mereka banyak menyanyikan lagu2 nasyid, tapi kini dah ada lagu2 lain. Antaranya Namun Ku Punya Hati, Revolusi dan beberapa lagu lain. Mereka bakal membuat persembahan pada bulan ramadhan nanti yg dikhabarkan jadual mereka telah dipenuhi dengan jemputan2 dari pihak luar. Alhamdulillah kerana rezeki adik2 ini tidak pernah putus.

Fuh, nak lelapkan mata pun tak boleh. teringat setiap patah kata mereka sebentar tadi. Sekadar sempat menyebut beberapa nama, Hafiz, iskandar, Rahmat, Azim, Amar, Roslan, Razli, Razlan dan lain2 yg tak sempat nak berbual lama. Razlan diantara org yg pandai berbual, tak padan dengan usianya yg baru 11 tahun, tak berhenti-henti bertanya kepada uncle. Minatnya yg mendalam dalam bidang sains terutamanya rekacipta menyebabkan uncle terpaksa bercerita panjang lebar. Dalam hati uncle, takpe kalau uncle bercerita yg penting anak kecil ini harus dibantu dari sudut ilmunya agar terus memiliki semangat yg kuat utk berjaya dalam hidupnya. Sedar tak sedar, jam di handphone uncle dah menunjukkan jam 10.30 malam. Dikalangan adik2, waktu ini mereka akan mula bersiap-siap utk tidur. Maklumlah, esok hari persekolahan. Maklum atas jadual mereka yg istiqamah sejak dulu lagi, uncle pun meminta izin dengan adik2 utk mengundur diri. Seperti biasa, perasaan mula sebak tatkala berpelukan dan bersalaman dengan mereka. Dan seperti biasa, air mata uncle tumpah jua, bila mereka bersama-sama mula menadah tangan membacakan doa perjalanan utk uncle pulang. Moga lambaian ini bukan lambaian terakhir uncle untuk mereka seperti 2 tahun lalu. Hati kecil ini, berharap sangat dapat kembali membantu anak2 ini dengan sepenuh hati. Terima kasih kepada nenek yg sudi mengajak uncle kembali untuk mendidik adik2 ini. InsyaAllah, dengan kederat yg ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mereka.