Ahad, 14 Jun 2009

BELIA XPLORASI TIMUR 2009



Salam..
Ni lagi satu projek gergasi yg dirancang lebih kurang 3 minggu sahaja. Ustaz Rohisham selaku teraju utama menjadikan program ini, program realiti, cuma tak masuk tv je. Konsep program ini, uncle telah idam2kan sejak dulu lagi iaitu berbentuk edutour. Maksudnya, motivasi bergerak. Selama ini kita berkumpul di satu tempat utk menjalankan kursus atau kem, tp kali ini banyak tempat terlibat utk menambah ilmu para peserta. Bestnya, para peserta tidak perlu membayar apa2, kerana hampir keseluruhan kos kita memperolehi tajaan.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Belia dan Sukan kelantan, Gelanggang Seni kelantan, Gerakan Belia 4B Tapang, Pejabat Belia dan Sukan Gombak, Peniaga2 Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu dan lain2 yg tak dapat uncle sebutkan disini atas kerjasama yg telah diberikan sepanjang kami disana. Segala budi baik semua tak dapat kami balas. Moga Allah memberi rahmat kepada semua.

Kepada adik2 semua, jadikanlah perjalanan kita ini, perjalanan mengenal diri dan mengenal rakan. Kembara yg kita lalui ini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi kita tentang kehidupan. Kita bukan sekadar berjalan menyaksi keindahan, atau sibuk membeli itu dan ini, tapi kita didedah dengan kegigihan org lain dalam mencari rezeki. Belajar menghormati budaya setempat, menghargai perpaduan melalui sukan yg kita buat, budaya menepati masa. Ada antara adik2 yg bijak utk rebut peluang dan tak kurang juga yg 'let it go' begitu saja. Bagi uncle, perjalanan ini indah sgt, sebab byk belajar tentang manusia dan kasih sayang. Moga dapat bertemu lagi pada Xplorasi di tempat2 lain pula, insyaAllah.

*Sekadar merakam penghargaan kasih, buat adik Rahman, terima kasih kerana sudi menyediakan kenderaan khas sepanjang kami disana. Sanggup pula mengambil cuti selama 2 hari semata2 nak memudahkan kami. Turut tak lupa pada adik shazaly, xstudent usj 12, yg kini sedang belajar nak jd pilot di lapangan terbang Pengkalan Chepa bersama2 6 sahabatnya yg sudi meluangkan masa menjenguk uncle di tempat penginapan dan bersama2 di galeri seni menyaksikan wayang kulit. Belajar elok2, nanti dah jd pilot bg uncle tiket free eh, hehehe. Thank you, thank you, thank you...

Kejohanan Tenpin Bowling Rakan Muda Selayang

Salam...
Tak sangka le pulak ada org ajak men bowling secara pertandingan ujung2 minggu ni, 31 Mei 2009. Maka 8 belia dan beliawi mewakili Kelab Belia Integrasi Gombak menunjukkan aksi2 keramat mereka. Akhirnya setelah berhempas pulas, maka tidak disangka2 berjaya menduduki..... tempat yg berbelas-belas jugakla nombornya. Itu pun sebab uncle tak main, sbb sedang memilih mereka yg benar2 berbakat utk dihantar RCORP ke pertandingan2 yg lebih mencabar. ( Ayat lepaskan diri, huhu). Walau bagaimana pun, kita tetap berbangga kerana berjaya memperolehi cenderahati dari penganjur berupa pin bowling. (kalau nak tgk leh jemput dtg ke pejabat kedua RCORP di Gombak). Apapun terima kasih banyak2 kepada Kelab Rakan Muda Parlimen Selayang di atas penganjuran yg berprestij ini. Jangan serik jemput kami lagi ya..


Awi, dengan gaya profesional, tapi tetap ke longkang..


Adik2 Rakan Muda


Player KELABING bersama Pengurus Pasukan, Uncle Bob

Program Kepimpinan Kendiri (Y2Y)



Salam...
Alhamdulillah berjaya jugak program ini dilaksanakan. Setelah berminggu-minggu preparation dibuat, akhirnya pada 22-24 April 2009, seramai 87 belia dari Gombak menyertainya. Kuota utk pgrm ini seramai 80 org, tetapi menurut pegawai belia yg menyelia pgrm ini, menerima permohonan seramai 120 org. Sungguh tidak disangka, semangat belia2 Gombak terhadap program2 yg disediakan oleh pihak kerajaan amat tinggi. Dan uncle sendiri, beberapa kali memanjat Hotel Legend sbb nak berurusan dengan penceramah Utama pgrm ini iaitu Dato' Dr. Hj. Mohamed Mansor Abdullah, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia turut dipermudahkan. Dato' sebenarnya adalah merupakan seorang guru kepada uncle semasa di UTM dulu. Beliau antara orang yg menyebabkan uncle bergiat aktif dalam bidang motivasi ini. Semasa beliau menjawat jawatan Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar dan Timbalan Canselor HEP, uncle sempat mengikuti beliau menjalankan kajiannya. Terima kasih Dato', harap2 sudi bekerjasama lagi.

Ada peristiwa sedih semasa uncle tiba untuk berjumpa Dato' di legend Hotel sehari sebelum pgrm berlangsung. Kejadian ragut berlaku di depan mata uncle. Seorang wanita sedang berjalan, tiba2 begnya diragut oleh 2 pemuda bermotosikal. Nasib baik wanita itu selamat. Tapi, uncle macam tergamam pulak masa tu. Kalau sedar, rasanya mahu saja uncle kejar dan langgar saja peragut tu. Yg sedihnya, peragut tu budak melayu, bangsa uncle sendiri. Yg uncle tahu, lelaki melayu sifatnya melindungi, bukannya menzalimi. Harap sangatlah, adik2 yg uncle didik tidak berkelakuan seperti itu. Kita keturunan yg baik2, kena jaga maruah diri. Fikir dosa, pahala dalam setiap tindakan kita...

SUPERKiDS @ KAFA TAMAN PELANGI

Salamz..
Huhu, uncle kembali bersama kanak-kanak ini. Best juga, sebab dah rasa macam ayah pun ada. Kadang2 teringat juga zaman uncle dulu2. Tak perlu nak fikir banyak2. Yg tahu, dalam kepala, asyik nak main saja. Anak2 perlu dididik dengan semaksimum yg boleh. Sebab itu, kalau mereka nak bermain, sudah tentu boleh, cuma perlu dibimbing agar mainnya itu beri kesan yg positif terhadap perkembangan pemikiran mereka. Perasaan ingin tahu amat kuat dalam diri mereka. Sebagai ibu atau bapa atau guru, anda perlu jujur dengan mereka. Terangkan sesuatu perkara dengan berhikmah, agar mereka mudah fahami dan seterusnya menjadikan anda sumber rujukan yg paling baik buat mereka.

Program ini pada 15-17 April yg lalu. Pelajarnya amat berdisiplin. Berkat bimbingan dari ustaz dan ustazah mereka selama ini. Sepanjang program penuh dengan alunan zikrullah. Sejuk sungguh berdamping dengan mereka ini. Harap2 mereka membesar dengan penuh ciri2 keislaman dan mewarisi keperibadian yg mulia. InsyaAllah..


Uncle bermotivasi secara santai dgn adik2


Wah, cerianya.


Askar kena serang, cedera parah semua, huhu.


Xplorace le pulak..


Menginsafi diri, menyayangi keluarga.




Kembara rimba ke Air Terjun Sg. Pisang.


Penyampaian hadiah peserta dan kumpulan terbaik.


Macam biasa, uncle yg hensom mengacarakan majlis.


Fasilitator uncle yg sentiasa bajet hensom dan cute. Tolongla hentikannya.

Sabtu, 13 Jun 2009

Bengkel Pemantapan Staf Felcra

Assalamualaikum..
Uncle kembali lagi, meneruskan catatan tambahan dalam perjalananku. Program ini bersama-sama staf Felcra pada 1 Mei 2009 di Bukit Merah Resort. Program yg agak kontroversi kot bagi sesetengah pihak. Apapun, uncle banyak belajar daripada program ini kerana rata2 peserta yg mengikuti program ini bukan calang2 orang. Tapi syukur, uncle dapat blend semuanya dan diharap mereka dapat bekerja dalam satu pasukan. Perkara yg sama yg mana sentiasa uncle terapkan dalam RCORP. Bekerjalah dalam satu pasukan. Bukan keseronokan semata-mata yg kita cari semasa bekerja, tetapi kejujuran, keikhlasan, kasih sayang dan pengorbanan. RCORP tidak mengajar manusia untuk jadi sombong, lupa asal usul atau kurang ajar sesama manusia. Kerana nilai yg dibawa selama ini kekal hingga ke akhir hayat. Tidak ada apa2 perubahan, kerana bg uncle, tidak guna kita mendidik orang, kalau kita sendiri di dalam hati penuh dengan sifat2 mazmumah. Binalah keluarga RCORP ini bersama-sama. Orang tidak akan mengerti dan memahaminya jika ia tidak bersamanya..


Ady, rakan sekuliah dulu semasa di UTM merangkap Pengerusi Majlis








Barisan hadapan, bos2 yg sedang khusyuk bersama uncle








Akhirnya...

Terima kasih kepada FELCRA BERHAD kerana memberi ruang dan peluang. InsyaAllah, kami akan meneruskan lagi amanah yg telah diberi ini. Syukran...