Ahad, 23 Ogos 2009

Azam dan Matlamat

Salam..
Semalam uncle dikunjungi seorang adik dari Terengganu. Datang dari Terengganu, semata-mata nak menceritakan azam dan perancangan masa depan. Ini pertemuan kedua uncle dgn beliau selepas program tempoh hari. Program yg mana telah diatur oleh pihak berkuasa kerana adik ini pernah terlibat dgn gejala sosial. Uncle rasa gembira kerana ada kesedaran darinya utk berubah menjadi lebih baik. Umur masih muda, dan sepatutnya masih bersekolah, tetapi akibat dari salah memilih kawan, akhirnya tidak berminat langsung utk menuntut ilmu. Tak sempat pun merasa belajar di peringkat menengah. Kalau di zaman dulu, ramai juga tak belajar di peringkat menengah, tapi masih boleh menjawat jawatan tinggi, tapi situasi zaman ini amat berbeza. Pendidikan sedikit sebanyak penting utk proses kematangan seseorang itu. Tapi, seperti ada sesuatu dalam diri uncle, bahawa adik ini ada keistimewaannya. Uncle jarang mempercayai orang, tapi kali ini, seperti mengiyakan sahaja apa yg dikatakannya. Seharian kami berbual, kerap kali beliau berjanji utk merubah nasib diri dan keluarga. Sebagai orang luar, kalau dia tak sebut pun bukan ada makna apa2 pada uncle. Apatah lagi tidak wujud langsung tali persaudaraan. Tetapi keikhlasan adik ini meluahkan apa yg ada dalam dirinya uncle harap sangat agar ada sesuatu yg baik akan menjelma, bukan utk uncle, tapi utk dirinya dan keluarga.

Kesusahan yg kita alami dalam hidup ini harus dilalui dengan penuh kesabaran. Sentiasa percaya pada pertolongan Allah. Kesilapan dalam membuat keputusan dalam kehidupan, kadang2 menjadikan kita lebih dewasa dan mengenal halatuju. Allah lebih mengerti apa yg terbaik utk hambaNya. Sebagai hamba Allah kita dituntut utk sentiasa memperbaiki diri dgn akhlak yg baik. Jangan dijadikan alasan kelemahan kita dan kekurangan kita utk tidak mahu berubah. Byk jalan yg baik yg boleh kita pilih dengan menggunakan akal yg kita ada. Tidak susah sebenarnya utk kita buat pilihan dalam hidup. Cuma kadang2 tindakan yg kita buat tidak menggunakan akal yg waras, kerna didorong dengan nafsu.

Kepada adik tadi, semasa menghantar beliau ke hentian bas semalam, maaf andai dibebankan dengan harapan yg besar dari uncle. Usah risau, jika kita tak kaya wang ringgit, yg penting kita kaya dgn kesungguhan, kaya dengan kasih sayang keluarga. Yg sudah tu sudahla, apa pun kesilapan yg pernah kita lakukan. Yg penting akan datang nanti, ruang dan peluang cukup luas menanti kita. Jangan lupa utk sentiasa lafaz syukur kepada Pemberi ruang dan peluang itu. Ibu dan ayah adik masih bersama adik. Uncle tahu adik boleh. Tempoh 2 tahun yg adik bagi pada uncle sebagai penanda aras, uncle akan tunggu. Adik juga layak utk bahagia..

Tiada ulasan: