Rabu, 26 November 2008

R&R Sebentar

HARI INI

Sejak mula hingga kini ku lena
Keringatku hanya sia-sia
Sendirian ku amankan dunia
Menunggu nanti aku tiada

Tiba-tiba tersentuhnya aku terjaga
Duniaku penuh dengan kemungkinannya
Aku pasti akan bersama
Mencari bahagia

Suatu hari, tiada lagi
Kuabaikan anugerah yang diberi
Kini pasti akan kutempuh segala-galanya
Biar nanti ku mengerti
Mengapa kau dan aku di sini

Belaianmu mengajarku ertinya
Kehidupan yang tiada terduga
Kepastian yang tiada ku jaga
Mengundang rasa hidup bermakna

Kini mahu ku coretkan liku-likunya
Duniakan ku lakarkan keindahannya
Engkau aku kita sama
Mencari bahagia

* Hari ini ku kan pergi
Mencari siapa sebenarnya diri
Aku pasti akan menempuh segala-galanya
Biar nanti ku mengerti
Mengapa kau dan aku disini

Tidak lagi aku mahu
Dibelenggu kegelapan dalam hidupku
Dengan tanganku yang terbuka
Aku syukuri segala kurniaanNya

Khamis, 6 November 2008

Hadiah Terbaik

Kepada Kawan - kesetiaan
Kepada Musuh - Kemaafan
Kepada Ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hormat dan hargai budi
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Kepada diri - PELUANG (perbaiki diri)

Isnin, 3 November 2008

Hadiah Hari Jadi

30 Okt 2008, genap sudah usia bro yg ke-29 tahun. Tak perlu rahsia2. Masih hidup bersendiri lg (masih ada peluang aweks2 diluar sana hantar borang permohonan dgn segera). Rasa sekejap sahaja 'plink' dah dewasa. Mcm baru semalam je kanak2 (teringat peristiwa sign buku rekod sendiri masa sekolah rendah, pastu mak kena panggil guru besar, tulah sapa suruh abah garang sgt, hehe). Sesekali toleh ke belakang apa salahnya (bukan sekali sebenarnya, byk dah) utk pastikan yg di depan sampai ke destinasi dgn semangat berkobar-kobar.

Kalau dulu, pada tarikh keramat ini, pasti sekurang-kurangnya ada kek bersama rakan2 (last year 2 kali sambut). Tapi kali ini majlis di buat awal sedikit sebab nak beri laluan pd tarikh tersebut kena hantar ibu tiri ke kompleks haji Kelana Jaya. Hajat yg terpendam lama, mengunjungi Baitullah. Alhamdulillah, akhirnya tertunai jua hasrat hatinya.
Seronoknya bro, sebab ada 2 ibu. Walau bergelar ibu tiri, bro anggap beliau seperti ibu sendiri kerana sejak kecil (khabarnya sejak umur 40 hari) bro dibesarkan dan tinggal bersama beliau (inilah orgnya yg mengadap guru besar tu, hehe). Pemergiannya bersama dengan abg bro dan isterinya. Bro selalu mendengar cerita sejak kecil beliau sudah melalui hidup susah. Baru sekarang ibu rasa agak selesa kerana anak2 pun sudah membesar dan mampu membantu ibu sepenuhnya. Hajatnya ke Mekah pun hasil bertahun beliau berjimat dan menyimpan pemberian anak-anaknya (termasuk bro tau). Rasanya cukup kot bg bro sebagai hadiah hari jadi pada tahun ini. Malam tadi, abg bro yg kelima sms, menyatakan ibu sihat disana. Syukur mudah-mudahan memperolehi haji yg mabrur.

Macam biasa seperti tahun2 yg lalu, bro dihujani sms, email dan panggilan telefon, mengucapkan selamat hari lahir. Sms terawal bro terima pada pukul 4.47 pg, dari my bro, farid baru bekerja di Proton. Yg paling menyentuh hati from bro Husni berbunyi begini : Salam.. selamat hari lahir A. Bob..semoga mendapat umur setahun akan dtg, setahun yg diberkati, bermanfaat utk Islam..murah rezeki, bertambah baik ati. Ayat last tu yg mahal tuh. Terima kasih kepada semua atas doa kalian. Maaf, mungkin ada sms dan email yg belom berbalas. Bagi bro, ini semua penting, dan bro hargainya, tanda kalian masih lg sedar, yg 'raksasa' ini masih hidup di muka bumi, dan terus berbakti pada masyarakat.




Sebahagian yg menghadiri majlis ringkas tersebut. Maaf, tak dapek den nak jemput semua. Lagipun, ianya tidak dirancang. Kebetulan mereka ni ada, kira terus majlislah. ( jgn kecil hati ya, kalau nak sambut jugak, anjurkanlah, InsyaAllah bro tak tolak nya utk hadiri ).
Apapun bro bersyukur, kerana terus diberi keizinan oleh Allah utk merasai lg perjalanan hidup ini. Bro sedar, di depan sana bakal berlaku cabaran dan liku2 hidup yg lebih besar. Apatah lg tahun hadapan bro mula melangkah ke babak kedua dlm hidup. I'm going to 3oth. Byk keputusan dalam hidup yg perlu dibuat. Bro yakin, perjalanan ini akan menjadi mudah, jika kita berusaha dan bertawakal kepada Allah.
" Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Agung, Sembah dan salam buat junjungan Muhammad s.a.w. Aku bermohon padaMu agar Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku sama ada yang besar atau kecil, dan dosa kedua ibu bapaku. Kau permudahkanlah segala urusanku didunia dan akhirat. Jadikanlah aku hambaMu yang soleh, dapat berbakti kepada masyarakat dengan penuh keikhlasan. Moga-moga jalan yg kupilih ini sentiasa mendapat keberkatan dariMu. Ya Allah, lindungilah aku dari perbuatan-perbuatan keji sesama manusia. Andai kata sampai masanya nyawaku diambil, bukakanlah pintu hati keluargaku, sahabat-sahabatku serta adik-adikku agar dapat memaafkan segala salah dan silapku kepada mereka selama ini. Engkaulah Tuhan Yg Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Amin.."
Mutiara Kata: Makin bertambah usia, makin matanglah kita, makin sedar baik dan buruk, makin tahu beza hitam dan putih, makin bertambah tanggungjawab dan paling penting makin dekat dengan kematian. Apa yg dimulakan pasti ada noktahnya. Bersedialah.. (brother BOB)