Selasa, 25 Ogos 2009

PROGRAM ANAKKU HEBAT : Pecutan Akhir PMR dan SPM 2009

Salam
Program Ramadhan Rebutia Corp. kali ini julung2 kali dianjurkan utk pelajar secara terbuka.
Berminat, bolehlah terus menghubungi uncle..

PROGRAM ANAKKU HEBAT : Pecutan Akhir PMR dan SPM 2009
Tarikh : 11-13 September 2009 (3 Hari 2 Malam)
Tempat : Masjid Al-khairiyah, Taman Sri Gombak
Yuran : RM 10 sahaja (Termasuk program dan makan minum)
Sasaran : Pelajar Tingkatan 3 dan 5 2009
Anjuran : Masjid Al-Khairiyah, TSG
Dengan kerjasama : Rebutia Corporation Sdn. Bhd.
Pengisian : Kembali Kepada Fitrah ( Solat, Qiammullail, Amalan Do'a, hikmah Berpuasa)
Persediaan Peperiksaan ( Sebelum, Semasa dan Selepas )
Menangani Tekanan Secara bijak
Budaya Belajar di saat2 Terakhir

Untuk menyertai, call uncle 019-768 2271 @ 017-382 2006
Jumpa di sana...




Ahad, 23 Ogos 2009

Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Salam..
2 kali peluang hadir menonton Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Pertama pada 18 Ogos, kedua 20 Ogos 2009 iaitu pada malam gala atas tiket yg diberi pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sedikit sebanyak penghayatan kemerdekaan tahun ini uncle dapat isi dengan sebaiknya. Sebelum itu dengan konvoi berkereta amal kemerdekaan pada 2 Ogos 2009. Terima kasih kepada pihak ASWaRA yg sudi memberi ruang kepada kami utk bersama lagi. Sebelum ini uncle terlibat sepenuhnya dengan orientasi pelajar ASWARA pada bulan lalu sebagai kem komandan dan motivator.


Pelakon Utama, Rashidi Ishak dan Fauziah Latif bergambar dengan bakal pelakon, hehehe.


Barisan pelakon dan krew Teater Muzikal Tun Abdul Razak


Delegasi dari Rebutia dan Pejabat Belia dan Sukan Gombak bersama Sifu M. Nasir dan isteri, Marlia Musa


Uncle bersama adik2 dari ASWARA (ingat Hazlami je, yg lain2 tak igt nama, jgn marah ha)


Uncle bersama Dato' Rahim Razali, selaku Pengarah Teater ini


Ustaz Sham pulak dengan Dato'.


Uncle bersama orang2 kuat dari ASWARA

Apapun, uncle suka melihat dari konteks yg positif. Secara keseluruhan, pementasan ini sangat hebat walaupun dijayakan sebahagian besarnya oleh adik2 dari ASWARA sendiri. Berjaya membawa penonton mengimbau sejarah lama yg sebelum ini hanya terdapat di buku2 teks sejarah sekolah. Berjaya juga membuat uncle berfikir tentang negara kita suatu masa dulu yg agak daif kerana dijajah akhirnya telah bangkit membangun. Andai kata adik2 zaman ini faham tentang perjuangan, sudah tentu berjaya mengelakkan diri mereka dari dijajah mindanya. Rosak, kerana seronok mengejar apa yg mudah dikejar.

Akhirnya, kami berlabuh di Kampung Baru menikmati nasi lemak di sana bersama Abg Zaya, Pn Nul, Sham dan adik2 ASWARA. Bila lagi kita dapat bersama2 menikmati suasana ini. InsyaAllah jika panjang umur..

Azam dan Matlamat

Salam..
Semalam uncle dikunjungi seorang adik dari Terengganu. Datang dari Terengganu, semata-mata nak menceritakan azam dan perancangan masa depan. Ini pertemuan kedua uncle dgn beliau selepas program tempoh hari. Program yg mana telah diatur oleh pihak berkuasa kerana adik ini pernah terlibat dgn gejala sosial. Uncle rasa gembira kerana ada kesedaran darinya utk berubah menjadi lebih baik. Umur masih muda, dan sepatutnya masih bersekolah, tetapi akibat dari salah memilih kawan, akhirnya tidak berminat langsung utk menuntut ilmu. Tak sempat pun merasa belajar di peringkat menengah. Kalau di zaman dulu, ramai juga tak belajar di peringkat menengah, tapi masih boleh menjawat jawatan tinggi, tapi situasi zaman ini amat berbeza. Pendidikan sedikit sebanyak penting utk proses kematangan seseorang itu. Tapi, seperti ada sesuatu dalam diri uncle, bahawa adik ini ada keistimewaannya. Uncle jarang mempercayai orang, tapi kali ini, seperti mengiyakan sahaja apa yg dikatakannya. Seharian kami berbual, kerap kali beliau berjanji utk merubah nasib diri dan keluarga. Sebagai orang luar, kalau dia tak sebut pun bukan ada makna apa2 pada uncle. Apatah lagi tidak wujud langsung tali persaudaraan. Tetapi keikhlasan adik ini meluahkan apa yg ada dalam dirinya uncle harap sangat agar ada sesuatu yg baik akan menjelma, bukan utk uncle, tapi utk dirinya dan keluarga.

Kesusahan yg kita alami dalam hidup ini harus dilalui dengan penuh kesabaran. Sentiasa percaya pada pertolongan Allah. Kesilapan dalam membuat keputusan dalam kehidupan, kadang2 menjadikan kita lebih dewasa dan mengenal halatuju. Allah lebih mengerti apa yg terbaik utk hambaNya. Sebagai hamba Allah kita dituntut utk sentiasa memperbaiki diri dgn akhlak yg baik. Jangan dijadikan alasan kelemahan kita dan kekurangan kita utk tidak mahu berubah. Byk jalan yg baik yg boleh kita pilih dengan menggunakan akal yg kita ada. Tidak susah sebenarnya utk kita buat pilihan dalam hidup. Cuma kadang2 tindakan yg kita buat tidak menggunakan akal yg waras, kerna didorong dengan nafsu.

Kepada adik tadi, semasa menghantar beliau ke hentian bas semalam, maaf andai dibebankan dengan harapan yg besar dari uncle. Usah risau, jika kita tak kaya wang ringgit, yg penting kita kaya dgn kesungguhan, kaya dengan kasih sayang keluarga. Yg sudah tu sudahla, apa pun kesilapan yg pernah kita lakukan. Yg penting akan datang nanti, ruang dan peluang cukup luas menanti kita. Jangan lupa utk sentiasa lafaz syukur kepada Pemberi ruang dan peluang itu. Ibu dan ayah adik masih bersama adik. Uncle tahu adik boleh. Tempoh 2 tahun yg adik bagi pada uncle sebagai penanda aras, uncle akan tunggu. Adik juga layak utk bahagia..

Rabu, 5 Ogos 2009

Uncle rindu...

Niat hanya untuk menghantar sumbangan tajaan dari Kelab untuk rumah anak yatim itu dan terus pergi, tapi akhirnya uncle akur dengan ketentuanNya. Dari berdiri di luar rumah, akhirnya dijemput nenek pengasuh itu utk masuk duduk bersama adik2. Dari enjin kereta masih hidup, sehingga ianya terpaksa dimatikan kerana syahdu mendengar suara adik2 mengaji bersama para sukarelawan. Rindu sebenarnya dengan suasana ini. Lama dulu, pernah menabur bakti di rumah ini. 2 tahun uncle terpisah dengan mereka dek kerana salah faham dari pihak lain menyebabkan uncle membawa diri. Rupa-rupanya mereka masih setia menunggu kehadiran uncle. Malam ini uncle rasa bahagia sangat, kerana adik2 yg dulu masih ada lagi sebahagiannya. Ramai juga adik2 yg baru. Nenek banyak bercerita tentang perkembangan terkini adik2. Ramai yg telah meningkat dari sudut pelajaran. Keakraban sesama mereka amat kuat. Hati ini bertambah syahdu tatkala adik2 menyanyikan beberapa buah lagu untuk uncle. Kalau dulu, mereka banyak menyanyikan lagu2 nasyid, tapi kini dah ada lagu2 lain. Antaranya Namun Ku Punya Hati, Revolusi dan beberapa lagu lain. Mereka bakal membuat persembahan pada bulan ramadhan nanti yg dikhabarkan jadual mereka telah dipenuhi dengan jemputan2 dari pihak luar. Alhamdulillah kerana rezeki adik2 ini tidak pernah putus.

Fuh, nak lelapkan mata pun tak boleh. teringat setiap patah kata mereka sebentar tadi. Sekadar sempat menyebut beberapa nama, Hafiz, iskandar, Rahmat, Azim, Amar, Roslan, Razli, Razlan dan lain2 yg tak sempat nak berbual lama. Razlan diantara org yg pandai berbual, tak padan dengan usianya yg baru 11 tahun, tak berhenti-henti bertanya kepada uncle. Minatnya yg mendalam dalam bidang sains terutamanya rekacipta menyebabkan uncle terpaksa bercerita panjang lebar. Dalam hati uncle, takpe kalau uncle bercerita yg penting anak kecil ini harus dibantu dari sudut ilmunya agar terus memiliki semangat yg kuat utk berjaya dalam hidupnya. Sedar tak sedar, jam di handphone uncle dah menunjukkan jam 10.30 malam. Dikalangan adik2, waktu ini mereka akan mula bersiap-siap utk tidur. Maklumlah, esok hari persekolahan. Maklum atas jadual mereka yg istiqamah sejak dulu lagi, uncle pun meminta izin dengan adik2 utk mengundur diri. Seperti biasa, perasaan mula sebak tatkala berpelukan dan bersalaman dengan mereka. Dan seperti biasa, air mata uncle tumpah jua, bila mereka bersama-sama mula menadah tangan membacakan doa perjalanan utk uncle pulang. Moga lambaian ini bukan lambaian terakhir uncle untuk mereka seperti 2 tahun lalu. Hati kecil ini, berharap sangat dapat kembali membantu anak2 ini dengan sepenuh hati. Terima kasih kepada nenek yg sudi mengajak uncle kembali untuk mendidik adik2 ini. InsyaAllah, dengan kederat yg ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mereka.