Rabu, 5 Ogos 2009

Uncle rindu...

Niat hanya untuk menghantar sumbangan tajaan dari Kelab untuk rumah anak yatim itu dan terus pergi, tapi akhirnya uncle akur dengan ketentuanNya. Dari berdiri di luar rumah, akhirnya dijemput nenek pengasuh itu utk masuk duduk bersama adik2. Dari enjin kereta masih hidup, sehingga ianya terpaksa dimatikan kerana syahdu mendengar suara adik2 mengaji bersama para sukarelawan. Rindu sebenarnya dengan suasana ini. Lama dulu, pernah menabur bakti di rumah ini. 2 tahun uncle terpisah dengan mereka dek kerana salah faham dari pihak lain menyebabkan uncle membawa diri. Rupa-rupanya mereka masih setia menunggu kehadiran uncle. Malam ini uncle rasa bahagia sangat, kerana adik2 yg dulu masih ada lagi sebahagiannya. Ramai juga adik2 yg baru. Nenek banyak bercerita tentang perkembangan terkini adik2. Ramai yg telah meningkat dari sudut pelajaran. Keakraban sesama mereka amat kuat. Hati ini bertambah syahdu tatkala adik2 menyanyikan beberapa buah lagu untuk uncle. Kalau dulu, mereka banyak menyanyikan lagu2 nasyid, tapi kini dah ada lagu2 lain. Antaranya Namun Ku Punya Hati, Revolusi dan beberapa lagu lain. Mereka bakal membuat persembahan pada bulan ramadhan nanti yg dikhabarkan jadual mereka telah dipenuhi dengan jemputan2 dari pihak luar. Alhamdulillah kerana rezeki adik2 ini tidak pernah putus.

Fuh, nak lelapkan mata pun tak boleh. teringat setiap patah kata mereka sebentar tadi. Sekadar sempat menyebut beberapa nama, Hafiz, iskandar, Rahmat, Azim, Amar, Roslan, Razli, Razlan dan lain2 yg tak sempat nak berbual lama. Razlan diantara org yg pandai berbual, tak padan dengan usianya yg baru 11 tahun, tak berhenti-henti bertanya kepada uncle. Minatnya yg mendalam dalam bidang sains terutamanya rekacipta menyebabkan uncle terpaksa bercerita panjang lebar. Dalam hati uncle, takpe kalau uncle bercerita yg penting anak kecil ini harus dibantu dari sudut ilmunya agar terus memiliki semangat yg kuat utk berjaya dalam hidupnya. Sedar tak sedar, jam di handphone uncle dah menunjukkan jam 10.30 malam. Dikalangan adik2, waktu ini mereka akan mula bersiap-siap utk tidur. Maklumlah, esok hari persekolahan. Maklum atas jadual mereka yg istiqamah sejak dulu lagi, uncle pun meminta izin dengan adik2 utk mengundur diri. Seperti biasa, perasaan mula sebak tatkala berpelukan dan bersalaman dengan mereka. Dan seperti biasa, air mata uncle tumpah jua, bila mereka bersama-sama mula menadah tangan membacakan doa perjalanan utk uncle pulang. Moga lambaian ini bukan lambaian terakhir uncle untuk mereka seperti 2 tahun lalu. Hati kecil ini, berharap sangat dapat kembali membantu anak2 ini dengan sepenuh hati. Terima kasih kepada nenek yg sudi mengajak uncle kembali untuk mendidik adik2 ini. InsyaAllah, dengan kederat yg ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mereka.

Tiada ulasan: