Ahad, 21 Disember 2008

Majlis seorang Adik, Kawan, Keluarga, Trainer...


Majlis akad nikah


Bersama keluarga kedua-dua belah pihak


Ajk persiapan. Bro ketua Mandor. Hehe.


Majlis Resepsi


Makan beradab

Akhirnya, 12 Disember 2008, terbentuklah ikatan kasih antara Mohd Fitri dan Norhaslinda Md. Jusoh. Apa pentingnya mereka hingga bro meletakkan mereka sebahagian daripada blog perjalananku ini ? Ini kerana jasa isteri Mohd Fitri iaitu Linda, adalah antara orang yg sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada bro untuk meneruskan karier sebagai seorang motivator. Inilah tulang belakang sebenarnya selama ini. Walau sesibuk mana jadual beliau sebagai seorang peguam, tak pernah memberikan respon negatif tatkala bro meminta pendapat atau merangka modul2 baru. Pasti menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Sesuai dengan tugas beliau sebagai penasihat kanan Rebutia Corp.

Terima kasih kepada mereka yg bertungkus lumus menjadikan majlis ini sesuatu yg amat meriah. Selain keluarga kedua-dua pihak, ucapan diberi kepada Halim Supply's, catering Rebutia selama ini yg menyediakan juadah yg enak2. Juga buat kerabat Rebutia Corp yg lain Amir, Zakiah, Wan Basirah, Syafiq dan Wan Amirul atas kehadiran yg bermakna.

Syukur juga sebenarnya dapat berada dalam majlis ini. Ikut jadual awal, pada tarikh ini ada program lain luar dari Kuala Lumpur. Maklumlah, tugas sebagai motivator biasanya dihujung minggu. Byk juga undangan dari kawan2 yg tak dapat dipenuhi sebelum ini dan mungkin juga selepas ini. Orang harap kita ada dalam majlis, dan bila kita ada, org nampak lebih ceria. Rasa kita lebih dihargai. Hehe.

Buat Linda, layarilah bahtera perkahwinanmu sebaiknya. Bro tak dapat menjagamu dengan baik sebelum ini. Sayangi dan kasihi suamimu dengan sempurna. Bro, sebagai abg hanya dapat mendoakan kasih sayang kalian berpanjangan hingga ke syurga. Adios........

Khamis, 11 Disember 2008

Berakhirnya 2008











Assalamualaikum

Masih berkesempatan bro mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia. Hari kita menghayati erti pengorbanan yg telah dilakukan sepanjang penghidupan ini pada tahun 2008. Beberapa hari lagi kita menanti kedatangan 2009. Apakah sudah cukup bagi kita berkorban demi menegakkan agama Allah? Berkorban wang, masa, kudrat, buah fikiran ke jalanNya? Sudah tentu belum mencukupi kerana kita sentiasa menerima nikmatNya setiap detik dalam hidup ini. Sedangkan masa yg kita peruntukkan untukNya amat sedikit. Masa, saban waktu, saban ketika silih berganti. Tetap datang tanpa diundang. Walau ia tahu kita berada dalam suka atau duka. Kepenatan mengharungi hari2 itu, belum berakhir tapi ia muncul lagi sebagai tanda menuntut rasa syukur kepada Pencipta Yg Maha Esa.

Hari ini bro rasa sedih, apabila teringat kepada beberapa permintaan org2 sekeliling. Sedih, sebab tidak mampu menunaikan permintaan mereka lantaran kekangan yg berlaku pada diri ini. Bro tahu, mereka tentu kecewa kerana tidak dapat turut serta membantu. Doa bro, agar mereka dipermudahkan segala urusan.

Perasaan bro tidak menentu sekarang. Mungkin banyak berfikir lebih luas kali ini. Berfikir tentang orang lain lebih dari berfikir tentang diri kadang2 buat kita rasa diri ini tidak penting. Sedangkan sepatutnya rasa diri lebih penting, barulah dapat membantu org2 lain. Tapi, bila saat2 bersendirian, selepas solat, baru bro sedar, hati sendiri perlu dijaga dahulu. Bila hati, jasad, roh dan akal dapat bersatu dengan sempurna, maka setiap tindakan yg lahir pasti mendapat keredhaanNya.

Sentiasa rasa berTuhan dalam diri. Sebab bila gembira, ada tempat utk dipanjatkan kesyukuran. Bila ditimpa musibah, ada tempat mengadu nasib kerana kita yakin pertolonganNya akan datang saat2 kita memerlukan. Tidak setiap saat hidup ini indah, kadang2 kita diuji utk melihat tahap kesabaran dan keredhaan kita terhadap Allah. Baru-baru ini, bro dalam perjalanan pulang berhari raya AidilAdha di kampung. Sehari sebelum itu, tahap keselamatan kereta telah diperiksa dengan rapi. Terutama di bahagian brek, yg agak bermasalah sebelum ini. Setelah ditukar ganti, esoknya bro pun pulang ke kampung. Nak dijadikan cerita, sampai saja di area Pedas/Linggi tiba2 kereta hilang kawalan dan agak mencemaskan. Alhamdulillah, bro sempat masuk ke hentian sebelah highway sebelum brek rosak. Bila berhenti, tgk2 tayar dah melekat tak nak pusing dah. Wah dasat ni. Berasap tayar. Apa pun, syukur dipanjatkan kerana bro selamat. Akhirnya abah juga jadi rescue petang tu. Thanks abah kerana mencari pomen dan dtg ke tempat kejadian. Kesian juga kat pomen tu, sampai malam dia berusaha buka tayar yg dah melekat tu. Cadang, kul 3 ptg nak sampai kampung kerana nak menghadiri jemputan kahwin seorang rakan, akhirnya kul 9 malam baru tiba. Tak sampai juga hajat nak pg kenduri. Nak sedapkan lagi cerita, esoknya pg semula ke bengkel utk recheck balik tayar. Pomen geleng kepala, sbb salah satu tayar tu ada 4 btg paku dok terbenam. Fuh, sekali lg syukur, sbb tak meletop masa drive sebelom2 nih. Moral of the story, ujian ini sebagai peringatan kepada kita, supaya sentiasa beringat padaNya.
Apapun, lepas ni perjalanan bro tetap diteruskan. Walau apa pun rintangan, bro terus ke hadapan selagi Allah mengizinkan dan kesihatan dalam keadaan terbaik. Misi bro 2009 :-

(1) Mempunyai pasukan latihan yg ikhlas bersama

(2) Byk kerja daripada berehat (hehe, insyaAllah)

(3) Bykkan Smart partnership

(4) Sasaran minima 4000 pelajar mendapat program latihan kecemerlangan

Amin

Mutiara kata : Pandai-pandailah menghargai orang yg beri peluang, kerana kadang2 setiap peluang yg diberi dibina dengan kasih sayang, harapan utk pastikan kita mencipta bahagia. (brother BOB)

Rabu, 26 November 2008

R&R Sebentar

HARI INI

Sejak mula hingga kini ku lena
Keringatku hanya sia-sia
Sendirian ku amankan dunia
Menunggu nanti aku tiada

Tiba-tiba tersentuhnya aku terjaga
Duniaku penuh dengan kemungkinannya
Aku pasti akan bersama
Mencari bahagia

Suatu hari, tiada lagi
Kuabaikan anugerah yang diberi
Kini pasti akan kutempuh segala-galanya
Biar nanti ku mengerti
Mengapa kau dan aku di sini

Belaianmu mengajarku ertinya
Kehidupan yang tiada terduga
Kepastian yang tiada ku jaga
Mengundang rasa hidup bermakna

Kini mahu ku coretkan liku-likunya
Duniakan ku lakarkan keindahannya
Engkau aku kita sama
Mencari bahagia

* Hari ini ku kan pergi
Mencari siapa sebenarnya diri
Aku pasti akan menempuh segala-galanya
Biar nanti ku mengerti
Mengapa kau dan aku disini

Tidak lagi aku mahu
Dibelenggu kegelapan dalam hidupku
Dengan tanganku yang terbuka
Aku syukuri segala kurniaanNya

Khamis, 6 November 2008

Hadiah Terbaik

Kepada Kawan - kesetiaan
Kepada Musuh - Kemaafan
Kepada Ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hormat dan hargai budi
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
Kepada diri - PELUANG (perbaiki diri)

Isnin, 3 November 2008

Hadiah Hari Jadi

30 Okt 2008, genap sudah usia bro yg ke-29 tahun. Tak perlu rahsia2. Masih hidup bersendiri lg (masih ada peluang aweks2 diluar sana hantar borang permohonan dgn segera). Rasa sekejap sahaja 'plink' dah dewasa. Mcm baru semalam je kanak2 (teringat peristiwa sign buku rekod sendiri masa sekolah rendah, pastu mak kena panggil guru besar, tulah sapa suruh abah garang sgt, hehe). Sesekali toleh ke belakang apa salahnya (bukan sekali sebenarnya, byk dah) utk pastikan yg di depan sampai ke destinasi dgn semangat berkobar-kobar.

Kalau dulu, pada tarikh keramat ini, pasti sekurang-kurangnya ada kek bersama rakan2 (last year 2 kali sambut). Tapi kali ini majlis di buat awal sedikit sebab nak beri laluan pd tarikh tersebut kena hantar ibu tiri ke kompleks haji Kelana Jaya. Hajat yg terpendam lama, mengunjungi Baitullah. Alhamdulillah, akhirnya tertunai jua hasrat hatinya.
Seronoknya bro, sebab ada 2 ibu. Walau bergelar ibu tiri, bro anggap beliau seperti ibu sendiri kerana sejak kecil (khabarnya sejak umur 40 hari) bro dibesarkan dan tinggal bersama beliau (inilah orgnya yg mengadap guru besar tu, hehe). Pemergiannya bersama dengan abg bro dan isterinya. Bro selalu mendengar cerita sejak kecil beliau sudah melalui hidup susah. Baru sekarang ibu rasa agak selesa kerana anak2 pun sudah membesar dan mampu membantu ibu sepenuhnya. Hajatnya ke Mekah pun hasil bertahun beliau berjimat dan menyimpan pemberian anak-anaknya (termasuk bro tau). Rasanya cukup kot bg bro sebagai hadiah hari jadi pada tahun ini. Malam tadi, abg bro yg kelima sms, menyatakan ibu sihat disana. Syukur mudah-mudahan memperolehi haji yg mabrur.

Macam biasa seperti tahun2 yg lalu, bro dihujani sms, email dan panggilan telefon, mengucapkan selamat hari lahir. Sms terawal bro terima pada pukul 4.47 pg, dari my bro, farid baru bekerja di Proton. Yg paling menyentuh hati from bro Husni berbunyi begini : Salam.. selamat hari lahir A. Bob..semoga mendapat umur setahun akan dtg, setahun yg diberkati, bermanfaat utk Islam..murah rezeki, bertambah baik ati. Ayat last tu yg mahal tuh. Terima kasih kepada semua atas doa kalian. Maaf, mungkin ada sms dan email yg belom berbalas. Bagi bro, ini semua penting, dan bro hargainya, tanda kalian masih lg sedar, yg 'raksasa' ini masih hidup di muka bumi, dan terus berbakti pada masyarakat.




Sebahagian yg menghadiri majlis ringkas tersebut. Maaf, tak dapek den nak jemput semua. Lagipun, ianya tidak dirancang. Kebetulan mereka ni ada, kira terus majlislah. ( jgn kecil hati ya, kalau nak sambut jugak, anjurkanlah, InsyaAllah bro tak tolak nya utk hadiri ).
Apapun bro bersyukur, kerana terus diberi keizinan oleh Allah utk merasai lg perjalanan hidup ini. Bro sedar, di depan sana bakal berlaku cabaran dan liku2 hidup yg lebih besar. Apatah lg tahun hadapan bro mula melangkah ke babak kedua dlm hidup. I'm going to 3oth. Byk keputusan dalam hidup yg perlu dibuat. Bro yakin, perjalanan ini akan menjadi mudah, jika kita berusaha dan bertawakal kepada Allah.
" Ya Allah, Engkau Tuhan Yang Maha Agung, Sembah dan salam buat junjungan Muhammad s.a.w. Aku bermohon padaMu agar Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku sama ada yang besar atau kecil, dan dosa kedua ibu bapaku. Kau permudahkanlah segala urusanku didunia dan akhirat. Jadikanlah aku hambaMu yang soleh, dapat berbakti kepada masyarakat dengan penuh keikhlasan. Moga-moga jalan yg kupilih ini sentiasa mendapat keberkatan dariMu. Ya Allah, lindungilah aku dari perbuatan-perbuatan keji sesama manusia. Andai kata sampai masanya nyawaku diambil, bukakanlah pintu hati keluargaku, sahabat-sahabatku serta adik-adikku agar dapat memaafkan segala salah dan silapku kepada mereka selama ini. Engkaulah Tuhan Yg Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Amin.."
Mutiara Kata: Makin bertambah usia, makin matanglah kita, makin sedar baik dan buruk, makin tahu beza hitam dan putih, makin bertambah tanggungjawab dan paling penting makin dekat dengan kematian. Apa yg dimulakan pasti ada noktahnya. Bersedialah.. (brother BOB)

Rabu, 29 Oktober 2008

Superkids SK Telok Gong

Salam sejahtera. Kita ketemu lagi. Hehe. Ramai sahabat2 ternanti-nanti saat dan ketikanya bilalah bro nak update blog nih. Sabar2. Tak sangka ada gak org yg sudi baca coretan bro ni. Ingatkan syok sendiri. Thanks kepada kawan2 yg memberi sokongan kepada blog ni. Apapun kalau ada masa, tinggalkanlah komen2/ulasan supaya tak lah rasa berseorangan. Mana2 kisah yg baik tu ambillah teladan, kerana inilah perjalananku...

Kali ni bro cuma nak 'update' program terbaru minggu lepas. Bersama-sama adik-adik dari SK Telok Gong, Pelabuhan Klang dalam program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Kali ni kedatangan kedua ke Kem Rebutia. Sebelum ni pada tahun 2006. Terharu rasanya bila salah seorang daripada guru mereka, menyatakan permohonan mengikuti kem ini lebih dari 100 org sebenarnya. Tahun lepas, nak dapat peserta pun agak sukar kerana di buat di tempat lain. Tapi, walaupun ramai yg nak ikut, kuota yg dibenarkan hanya 2 bas sahaja.

Pic 1: Gambar Adik2 dgn Fasi. Pic 2: Guru2 dgn Fasi

Apa yg lebih menyeronokkan ialah seramai 20 guru turut menyertai prgm ini. Komitmen yg tinggi drpd mereka amat bro kagumi. Guru2 dan fasi bekerjasama memastikan keselamatan pelajar dlm keadaan terbaik tidak kira siang dan malam. Terima kasih kepada cikgu Amir, Fuad, Kushairi, ustaz dan guru2 lain kerana menjadikan perkhemahan ini bagai perkhemahan sebuah keluarga.

Yg paling menarik tentulah drpd gelagat adik2 kita. Macam2 kisah. Ada yg pitamlah, ada yg gastrik sampai trainer ( Bro Wan) terpaksa dukung bawa keluar dari hutan. 1st, malam selepas night walk, second, masa nak balik treking dari waterfall sg. pisang. Nampaknya kita dah ada gelaran baru utk bro Wan iaitu ambulan. Hehe, sori Wan.

Ada jugak yg hampir buat bro gelabah sekejap. Tgh2 buat Explorace, ada pulak terminum air kolam, hehe nasib baik tak apa2. Berikut sebahagian peristiwa yg terakam :



Segala apa yg dirancang, Alhamdulillah berjalan dgn baik. Buat anak2 sekalian uncle harap, apa yg kalian belajar disini dijadikan pedoman hidup. Pengalaman mengajar kita ilmu mendewasakan diri. Belajarlah bersungguh-sungguh moga2 jadi anak2 yg soleh dan solehah. Uncle akan senantiasa merindui kalian. Love u all..
Kepada pihak sekolah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih, atas kepercayaan mengendalikan sekali lagi program ini. Moga hubungan baik ini terjalin sampai bila2...
-Mutiara Kata : Kalau persahabatan itu dibina dengan ikhlas, jangan khuatir, suatu hari nanti keikhlasan itu akan berbalas dengan sesuatu yg indah. (brother BOB)

Khamis, 16 Oktober 2008

Cabaran Mendidik Insan..

Salam untuk semua..
Bro rasa sedih hari ini tatkala menonton berita TV3 malam ni. Seorang guru perempuan mendakwa ditendang diperut oleh seorang pelajar perempuan tingkatan 2, gara-gara ingin mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu berkenaan perkataan 'gila babi' yang tertera di belakang folio pelajar tersebut. Kejadian berlaku disalah sebuah sekolah di Perlis. Yang hairannya, perbuatan tersebut dapat dirakam oleh pelajar lain di dalam kelas itu, tanpa memberikan bantuan atau berusaha untuk meleraikan kejadian tersebut. Apakah nilai yang telah diletakkan oleh adik-adik kita ini kepada orang yang telah mencurahkan ilmunya kepada proses pendewasaan kita?

Bro tidak mahu prejudis, terhadap kejadian ini. Bagi bro, guru tetap guru. Macam anggapan ibu tetap ibu walau apapun yang telah mereka lakukan kepada kita, walau kita rasa perbuatan itu bukan dalam konteks perkara yang kita suka. Memang ada ketikanya kita tidak suka atau benci pada seseorang guru. Normal le tu. Bro dulu pun pernah membuat guru kecewa dengan tindakan dan perlakuan bro yang amat nakal. Tapi, belum pernah terdetik di dalam hati untuk memukul atau mencederakan guru. Sebab bro fikir, apabila kita lakukan sesuatu perkara yang tidak baik, natijahnya pada masa akan datang. Ianya bukan janji, tapi pasti. Biasalah, kalau guru ada membuat perkara yang kita tidak suka. Bukan mudah untuk menjaga hati dan perasaan semua pelajar yang ada. Guru pun manusia, tidak lepas dari melakukan kesalahan. Kita sendiri pun pernah menyakitkan hati kawan-kawan. Bezanya, mereka belum membuat keputusan untuk memukul kita. Hehe.

Adik-adik yang bro sayangi seluruh Malaysia,
Anda adalah pewaris, penyambung warisan bangsa. Bro tahu, adik-adik banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak baik. Banyak kerugian yang kita perolehi apabila biadab dengan guru. Keberkatan hilang, masa depan boleh terjejas, dangkal pada ilmu, 'sakinah' hilang, pendek kata banyak lagi nikmat boleh tiada. Bagi guru pula, selepas kejadian, pasti memberikan tekanan yang sangat hebat. Perasaan nak mengajar pasti terjejas kerana rasa terguris belum padam dalam hati. Nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seorang, satu kelas dapat kesannya.

Buat guru semua, ini cabaran kita hari ini. Tugas kita sama, cuma bidang berlainan. Janganlah berhenti mengajar kerana takut pada ancaman. Biasalah, nak buat sesuatu perkara yang baik bukan mudah. Mereka anugerah kita yang paling besar. Tanggungjawab, harus dijalankan dengan profesional. Mungkin akan ada yang berkata, "cakap senanglah, yang rasa kami semua". Kalau kita fikir, ramai juga guru yang bersara dengan rasa bangga. Mungkin, dah sampai masanya kita mengubah kaedah@gaya mengajar kita agar lebih menarik dan seronok. Andai kata kita mati didalam melaksanakan tugas-tugas ini, ganjaran tidak ternilai dari Allah pasti diperolehi. Saat ini juga, saya masih terkenang semua guru-guru saya sejak dari tadika sehingga IPT. Yang jelas kuat ingatan saya lebih kepada guru-guru yang rapat dengan saya. Sekolah rendah, saya pernah kena tumbuk dengan guru, rotan tu kira biasalah. Sekolah menengah, rotan, kena perlekeh guru. IPT, kalimah dari seorang lecturer yang melabel kami sebagai kambing makan plastik, sebab tak faham-faham apa yang diajarnya. Semuanya saya telan dan menjadikan saya lebih kuat dan tabah hari ini.

Akhirnya, sekali lagi untuk adik-adik, hormatilah guru anda sebaiknya. Kita tak dapat sumber ilmu, kalau bukan datang dari guru kita. Mereka lebih ikhlas menjadikan kita insan. Biarkan mereka tunaikan tanggungjawab mereka pada kita sebaiknya tanpa ada gangguan emosi. Kepada semua guru-guru saya, halalkanlah ilmu yang pernah anda beri kepada saya. Teguran anda, kritikan anda, kasih sayang anda, tetap utuh di dalam hati. Atas dasar inilah, saya meneruskan perjuangan kalian dalam wadah yang berbeza. Restuilah saya, dalam dunia motivasi ini yang sangat saya cintai...
(terutama guru-guruku yang pernah mengajar di SK Bukit Rambai, SM Methodist ACS Melaka, SMK Klebang Besar, SMK Sri Tanjong Melaka, MRSM Muar serta pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Kimia, UTM).

Selasa, 14 Oktober 2008

R&R Sebentar..



Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Chorus
Terimakasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

Ahad, 12 Oktober 2008

MIni Reunion

Hujung minggu yg bermakna. Rakan2 yg pernah bersama2 berjuang suatu ketika dahulu dalam medan pelajaran, dapat bertemu semula. Ada yg dah hampir 8 tahun tidak berjumpa. Macam2 kisah, peristiwa dijadikan bahan bualan pada jam 11.30 malam hingga 5 pagi di NZ Curry House. Ntah kenapa, byk2 tempat dalam Malaysia ni, tempat ni jugak jadi pilihan. Maybe senang org nak datang kot. Sebut je, semua org tahu.


Shahril@ Amat, 8 tahun tak jumpa, kerja di DOSH Kuching, kebetulan ada kursus di NIOSH, bertindak sebagai perintis pertemuan ini. Sibuk call semua kawan2 dgn harapan lebih ramai dapat berkumpul. Tapi, yelah keje last minute, semua sibuk ada urusan masing2. Sudahnya 4 org je, jadilah.
Si botak tu, Fendi. Pekerja cemerlang di PETRONAS @ KLCC. Hehe. Kaya nih. Tp, kesian, baru lepas operate. Tu yg macam pesakit leukimia baru lepas kimo tu. Amat lak mengatakan mcm 'black money worker'. Tak baik ko Mat. Apapun moga ko cepat sembuh.


Ady Norman, kawan yg paling rapat masa tu. Byk susah senang dikongsi bersama. 8 tahun juga tak jumpa. Tak tahu pun dah 3 tahun dia kat sini, keje di FELCRA. Dulu brother susah, nak buat assignment pun takde PC. Ady lah tempat bro bermanja (haha) sebab dia di antara org yg ada PC, pentium II lagi (hehe masa tu lom sampai PIV @ dual core lg). Itupun nak pinjam, kene tunggu dia habis keje dia dulu baru leh guna. Yg sedihnya, keje dia abis kul 3 pg, lepas tulah baru bro leh sambung. (tak kesahlah, asalkan org bg pinjam, byk lak songel). Ady jugak yg bertanggungjawab membawa bro ke dunia teater. Tak sangka2, bro yg brutal nih, bleh terjebak ke dunia lakonan. Seronok jugak belajar sesuatu perkara yg baru dalam hidup. Sebagai membalas jasa lak, bro pulak membawa dia masuk ke dunia motivasi dan kemasyarakatan. Kami sempat melaksanakan projek khas Khidmat masyarakat di kampung beliau di Felcra Seberang Perak. Bro siap jadi anak angkat kepada mak dan ayah ady lg. Hehe. Byk tul kenangan yg tak mampu dilupakan.


Yg ni Zahidi@ Zaidos. Tak masuk korum smlm, tp dtg jugak ke rumah bro, tanda tunjuk komitmen. Seorang Engineer (Oil and Gas). Yang lain2, Ipin : terpaksa bertugas (walau pd awalnya menyatakan persetujuan utk hadir), Megat (lecturer kimia, matrik melaka) : baru dapat 'baby boy' smlm sibuk urus anak dan isteri kot, aswad : katanya tempat pertemuan jauh ( walaupun duduk di serdang je, hehe), cikgu Bedah : sibuk tanya2 bro apa yg kita gosipkan smlm. Sabar Bedah, nanti kita wat reunion besar yek. Dok diam2 kat Labuan tuh dan kirim salam anak murid. Mirul Azri : katanya di Surabaya, honeymoon kot.

Apapun, terima kasih kepada semua, atas kasih sayang yg pernah kita bina dulu. Pertemuan ini penting untuk merintis pertemuan yg seterusnya dan lebih besar lagi. Harapan bro, agar kita dapat bersatu semula membina ukhwah kembali. Ingat kesusahan dahulu, yang mana dengan kesusahan itu telah membangkitkan kita semua, menjadi insan yang sedar. Susahnya kita, maggi makan ramai2 dalam bekas besar (baldi kot, tak ingat). Apakan daya, loan tak masuk lg masa tu. Alhamdulillah, hari ini, telah menjadikan kita MANUSIA YANG TAHU BERSYUKUR.

Khamis, 9 Oktober 2008

Salam


Alhamdulillah, bro seorang blogger le pulak.
Penat juga mengejar teknologi.
Takpe, kan sebesar rumah bermula dengan sekecil bata.
Cuma, untuk semua, jangan salah guna ruang dan peluang.
Bersama-sama jadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.
Salam sayang untuk semua...