Ahad, 23 Ogos 2009

Teater Muzikal Tun Abdul Razak

Salam..
2 kali peluang hadir menonton Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Pertama pada 18 Ogos, kedua 20 Ogos 2009 iaitu pada malam gala atas tiket yg diberi pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sedikit sebanyak penghayatan kemerdekaan tahun ini uncle dapat isi dengan sebaiknya. Sebelum itu dengan konvoi berkereta amal kemerdekaan pada 2 Ogos 2009. Terima kasih kepada pihak ASWaRA yg sudi memberi ruang kepada kami utk bersama lagi. Sebelum ini uncle terlibat sepenuhnya dengan orientasi pelajar ASWARA pada bulan lalu sebagai kem komandan dan motivator.


Pelakon Utama, Rashidi Ishak dan Fauziah Latif bergambar dengan bakal pelakon, hehehe.


Barisan pelakon dan krew Teater Muzikal Tun Abdul Razak


Delegasi dari Rebutia dan Pejabat Belia dan Sukan Gombak bersama Sifu M. Nasir dan isteri, Marlia Musa


Uncle bersama adik2 dari ASWARA (ingat Hazlami je, yg lain2 tak igt nama, jgn marah ha)


Uncle bersama Dato' Rahim Razali, selaku Pengarah Teater ini


Ustaz Sham pulak dengan Dato'.


Uncle bersama orang2 kuat dari ASWARA

Apapun, uncle suka melihat dari konteks yg positif. Secara keseluruhan, pementasan ini sangat hebat walaupun dijayakan sebahagian besarnya oleh adik2 dari ASWARA sendiri. Berjaya membawa penonton mengimbau sejarah lama yg sebelum ini hanya terdapat di buku2 teks sejarah sekolah. Berjaya juga membuat uncle berfikir tentang negara kita suatu masa dulu yg agak daif kerana dijajah akhirnya telah bangkit membangun. Andai kata adik2 zaman ini faham tentang perjuangan, sudah tentu berjaya mengelakkan diri mereka dari dijajah mindanya. Rosak, kerana seronok mengejar apa yg mudah dikejar.

Akhirnya, kami berlabuh di Kampung Baru menikmati nasi lemak di sana bersama Abg Zaya, Pn Nul, Sham dan adik2 ASWARA. Bila lagi kita dapat bersama2 menikmati suasana ini. InsyaAllah jika panjang umur..

3 ulasan:

Ummi Amani berkata...

Kekadang mungkin kerana diri sendiri masih belum merdeka menyebabkan payahnya untuk memahami erti kemerdekaan negara.

KAHERAH berkata...

Emm seronok juga sesekali menonton teater..Salam ramadhan bob..

uncle BOB berkata...

Salam Ramadhan jugak Erah. bestnye dapat berpuasa disana.

Ummi amani : Betul tu. Harap satu hari nanti mereka menyedarinya.