Ahad, 3 Mei 2009

Kem Intervensi Kecemerlangan Belia 2009

Salam
Alhamdulillah, kali ini uncle telah diberi kesempatan oleh Kelab Belia Integrasi Gombak, sebagai Ketua Fasilitator untuk Kem Intervensi Kecemerlangan Belia 2009, anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Program yang berlangsung pada 17-19 April 2009 di The Rock Resort, Hulu Yam ini disertai oleh seramai hampir 40 orang belia dan remaja yg sangat hebat. Selain program bersama uncle, penceramah ASP Mariappan dari Ibu Pejabat Polis Gombak juga turut terlibat dalam memberi motivasi kepada peserta. Keceriaan sentiasa terpancar pada wajah peserta kerana pelbagai program menarik disediakan untuk mereka. Bagi uncle sendiri, sangat berpuas hati kerana diberikan adik2 yg mengerti erti kehidupan yg sebenarnya dan patut mereka lalui. Jangan lalai dari terus menjadi warga Malaysia yang baik. Jangan leka dari terus menjadi anak yg soleh, solehah. Potensi yg sangat besar telah wujud dalam diri masing2. Carilah dan galilah serta gunakan potensi itu ke arah kebaikan.

Adik2 yg dikasihi dan disayangi sampai bila2, fahamilah tiap kata, butir bicara, nasihat, teguran yang ikhlas dari uncle ini sepanjang 3 hari kita bersama. Niat, tidak lain dan tidak bukan sekadar ingin melihat satu masa nanti, adik2 akan lebih berjaya, selamat dan ada nilai harga diri pada pandangan orang lain. Disini kita bertemu, dan disini jua kita berpisah. Doa sepanjang masa, agar kita sentiasa dalam lindunganNya..














Kenangan@ Kem Genius Soleh

Salam. Uncle kembali lagi. Uncle??? Tukar dah skarang. Dah tak panggil bro lagi dah. Sekadar gelaran saja. Panggil uncle tak semestinya uncle dah tua. Jiwa tetap maintain muda maa..

Sebelum ni uncle ada iklankan tentang Kem Genius Soleh yang berlangsung pada 14-16 Mac 2009 yang lalu yang kita buat di MRSM Kuala Terengganu. So ni di antara gambar2 yg ada.



Gambar di atas : Semasa sesi muhasabah diri pada hari akhir.



Atas : Peserta Terbaik pilihan Juri Bawah : Peserta terbaik berdasarkan Merit Keseluruhan



Atas : Aktiviti luar jangka, makan roti canai kat asrama waktu malam, hehehehe.











Adik-adik fasilitator uncle yg cute berkhidmat. Tima kasih ya...


Akhirnya impian jadi nyata. Agak lama tidak menganjurkan program sendiri. Kali ini Rebutia Corp. cawangan pantai Timur berjaya menganjurkannya. Terima kasih kepada Pak Ngah, anggota baru RCORP, yang bertungkus lumus siang dan malam, komited pada tugasnya. Syabas. Juga kepada fasilitator yang membantu dari KL, bro Ihzam dan bro Jun. Dari terengganu bro Shahrill, sis Izzaty dan sis Norly yg sentiasa sabar melayan karenah adik2. Macam2 peristiwa yg kita tempuh semasa nak melaksanakan program ini, tapi kita berjaya harunginya dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Jadikanlah apa yg kita belajar kali ini sebagai pembakar semangat kita utk terus berbakti pada masyarakat. KGS 1, telah berjaya. Doakan dan nantikan kemunculan KGS II.......

Rabu, 25 Februari 2009

PROGRAM TERBUKA UTK PELAJAR DI PANTAI TIMUR




KEM GENIUS SOLEH UTK ADIK-ADIK CALON UPSR 2009 ( DARJAH 6 )
BERTEMPAT DI : MRSM KUALA TERENGGANU
TARIKH : 14-16 MAC 2009
OBJEKTIF :
(1) Motivasi belajar hingga cemerlang
(2) Belajar berdikari terutama utk persiapan kehidupan di asrama penuh
(3) Cinta Allah, Rasul, Ibu bapa, guru dan ilmu





KEM REMAJA UNGGUL UTK ADIK-ADIK SEKOLAH MENENGAH
BERTEMPAT DI : KOMPLEKS RAKAN MUDA KEMAMAN, TERENGGANU
TARIKH : 17-19 MAC 2009
OBJEKTIF :
(1) Cinta Allah, Rasul, Ibu Bapa, Guru dan Ilmu
(2) Mengenali potensi diri dan berusaha untuk mencipta keyakinan dan kejayaan peribadi.
(3) Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat.
(4) Mengembalikan jati diri sebenar remaja.


DAFTAR SEGERA !!!
Bro. Amri : 019-9555 230
Bro. BOB : 019-768 2271 / 017-382 2006

Rabu, 18 Februari 2009

Luangkan Masa, Buat Apa Yang Sepatutnya

Assalamualaikum
Alhamdulillah mood menulis kali ini disusuli hujan renyai2 di luar bilik bro. Seolah2 merestui apa yg bakal ditulis. Lama tidak menulis disebabkan banyak yg hendak ditulis, atau tiada apa yg hendak ditulis. Apapun tahniah pada diri sendiri kerana dah mula menulis. Hehe. lambat sket menaip sebab skrin dah mengecil skrg. Notebook yg berskrin besar tgh mengalami masalah dalaman. Biarkan dia, nanti satu masa nanti eloklah tu.

Selalu bro berpesan pada adik2, agar mula merancang sesuatu yg diinginkan. Kerna, dengan perancangan itu dapat membantu mempercepatkan impian jadi nyata. Dengan berperancangan, kita akan lebih teruja. Tuhan akan beri kita dalam bentuk ilham yang mana ditunjukkan kepada kita pilihan2 yang ada.

Perancangan Tuhan adalah yg terbaik. Kita sebagai manusia, hanya perlu berusaha untuk perbaiki diri ke arah yg lebih baik. Ingat, sebelum ni bro ada bagitahu, yang hadiah terbaik untuk diri adalah beri PELUANG, untuk perbaiki diri.

Bagaimana caranya untuk perbaiki diri?

Selama ini kita selalu hidup dengan mementingkan diri sendiri. Jarang kita sedar bahawa sekeliling kita penuh dengan orang2 yang juga mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak. Kita terlalu bersibuk dengan urusan sendiri sehingga lupa ada tanggungjawab lain yg perlu kita laksanakan. Maklumlah, setakat ini mungkin kita terlalu banyak mengecapi nikmat yg dikurnia Tuhan sehingga kita rasa nikmat yg diberi itu semata-mata utk kita. Jap2, masak air jap. Tetiba rasa nak minum kopi lak.

Adapun, apa yg kita ada, hanya pinjaman dari Tuhan untuk hambanya kembalikan semula kepada Tuhan dalam bentuk amal yg dilakukan. Mudah saja, gunakan apa yg kita ada utk sama2 membantu orang lain yg memerlukan bantuan. Ada itu bukan bermakna wang ringgit semata-mata, tapi dari sudut tenaga, kepakaran, masa, idea dan kasih sayang. Pergh, sedap betul kopi red guara ni.

Dengan cara kita meluangkan masa yg kita ada dengan orang lain, sedikit sebanyak boleh kita buat perbandingan. Kadang-kadang kita lebih beruntung daripada orang lain dari sudut keperluan hidup. Maka rasa syukur itu perlu diletakkan keutamaan dalam hati kita. Tuhan amat adil kerna di dunia ini ada orang miskin dan ada orang kaya. Sebab dengan keadaan ini, maka manusia mula berlumba-lumba untuk kemajuan diri. Tidak bermalas-malas sahaja jika semuanya kaya-raya.

Bro, awal tahun mula merancang untuk mengabdikan diri dengan kerja2 kebajikan dan kemasyarakatan. Tak tahu sebenarnya nak mula dari mana, kerana tak pernah terlibat pun dengan mana2 NGO. Tiada pengalaman. Tapi bezanya, hati ini kuat untuk membantu orang lain. Seperti yg bro beritahu sebelum ini yang penting dah masukkan dalam agenda perancangan. Yang lain2, serah pada Tuhan. Alhamdulillah, bro diperkenalkan dengan beberapa orang aktivis masyarakat yang sama hati, sama jiwa dengan bro untuk mula menggerakkan usaha ini. InyaAllah, tengah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah NGO. Doa dari sahabat2 dan adik2 moga usaha ini berjaya dilaksanakan.

Hihi. Suka sangat. Suka bertindak lain dari orang lain. Orang lain peringkat usia ini, dok sibuk mengumpul kekayaan, tetapi bro mengumpul benda lain. Biarlah, pendapat kan beza2. Pulak, lain organisasi, lain corak pemikirannya. Dah kalau itu yg dikejar, baguslah. Prinsip bro senang, berpegang kepada kerja berkumpulan. Jamaah. Orang2 yg bersama kita perlu sama2 berjaya. InsyaAllah kita boleh berjaya. cepat atau lambat itu urusan Tuhan. Yg penting sama2 kita perlu kepada hati yang ikhlas.

Alamak, habis lak kopi ni. Kepada semua sahabat2 dan adik2 di luar sana, jika ada masa, ruang dan peluang, cuba2lah libatkan diri dengan kerja2 kebajikan dan kemasyarakatan. Ramai insan di luar sana memerlukan bantuan orang2 seperti kita yang punya hati dan jiwa yang murni. Kalo hati keras dan jiwa kental sekalipun, tak salah lembutkan seketika. Sebab dengan ramai orang yang prihatin seperti kita dapat membantu masyarakat kita dari terus leka dan hanyut dengan arus kemodenan hingga hilang nilai jati diri.

Adik-adik remaja kita tidak kuat di luar sana. Perlu 'tiang' untuk mereka bersandar. Perlu 'lampu' untuk menerangi perjalanan hidup. Perlu 'tongkat' untuk belajar berjalan semula. Ada masa, pimpinlah mereka. bercakaplah dari hati, bisikkan pada mereka amanah2 yg perlu mereka tegakkan. Tak guna kita salahkan apa yang mereka sudah lakukan, tanpa ada usaha dari kita untuk hentikan segala kepincangan yang ada pada mereka.

Bersama-samalah kita untuk DIDIK REMAJA...
(Bro akan terus membantu remaja di luar sana, InsyaAllah)

Mutiara Kata: Apa yang lebih penting, bukan tentang apa yang diajarkan, tetapi apa yang dapat kita pelajari. (brother BOB)

Ahad, 21 Disember 2008

Majlis seorang Adik, Kawan, Keluarga, Trainer...


Majlis akad nikah


Bersama keluarga kedua-dua belah pihak


Ajk persiapan. Bro ketua Mandor. Hehe.


Majlis Resepsi


Makan beradab

Akhirnya, 12 Disember 2008, terbentuklah ikatan kasih antara Mohd Fitri dan Norhaslinda Md. Jusoh. Apa pentingnya mereka hingga bro meletakkan mereka sebahagian daripada blog perjalananku ini ? Ini kerana jasa isteri Mohd Fitri iaitu Linda, adalah antara orang yg sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada bro untuk meneruskan karier sebagai seorang motivator. Inilah tulang belakang sebenarnya selama ini. Walau sesibuk mana jadual beliau sebagai seorang peguam, tak pernah memberikan respon negatif tatkala bro meminta pendapat atau merangka modul2 baru. Pasti menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Sesuai dengan tugas beliau sebagai penasihat kanan Rebutia Corp.

Terima kasih kepada mereka yg bertungkus lumus menjadikan majlis ini sesuatu yg amat meriah. Selain keluarga kedua-dua pihak, ucapan diberi kepada Halim Supply's, catering Rebutia selama ini yg menyediakan juadah yg enak2. Juga buat kerabat Rebutia Corp yg lain Amir, Zakiah, Wan Basirah, Syafiq dan Wan Amirul atas kehadiran yg bermakna.

Syukur juga sebenarnya dapat berada dalam majlis ini. Ikut jadual awal, pada tarikh ini ada program lain luar dari Kuala Lumpur. Maklumlah, tugas sebagai motivator biasanya dihujung minggu. Byk juga undangan dari kawan2 yg tak dapat dipenuhi sebelum ini dan mungkin juga selepas ini. Orang harap kita ada dalam majlis, dan bila kita ada, org nampak lebih ceria. Rasa kita lebih dihargai. Hehe.

Buat Linda, layarilah bahtera perkahwinanmu sebaiknya. Bro tak dapat menjagamu dengan baik sebelum ini. Sayangi dan kasihi suamimu dengan sempurna. Bro, sebagai abg hanya dapat mendoakan kasih sayang kalian berpanjangan hingga ke syurga. Adios........

Khamis, 11 Disember 2008

Berakhirnya 2008











Assalamualaikum

Masih berkesempatan bro mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam seluruh dunia. Hari kita menghayati erti pengorbanan yg telah dilakukan sepanjang penghidupan ini pada tahun 2008. Beberapa hari lagi kita menanti kedatangan 2009. Apakah sudah cukup bagi kita berkorban demi menegakkan agama Allah? Berkorban wang, masa, kudrat, buah fikiran ke jalanNya? Sudah tentu belum mencukupi kerana kita sentiasa menerima nikmatNya setiap detik dalam hidup ini. Sedangkan masa yg kita peruntukkan untukNya amat sedikit. Masa, saban waktu, saban ketika silih berganti. Tetap datang tanpa diundang. Walau ia tahu kita berada dalam suka atau duka. Kepenatan mengharungi hari2 itu, belum berakhir tapi ia muncul lagi sebagai tanda menuntut rasa syukur kepada Pencipta Yg Maha Esa.

Hari ini bro rasa sedih, apabila teringat kepada beberapa permintaan org2 sekeliling. Sedih, sebab tidak mampu menunaikan permintaan mereka lantaran kekangan yg berlaku pada diri ini. Bro tahu, mereka tentu kecewa kerana tidak dapat turut serta membantu. Doa bro, agar mereka dipermudahkan segala urusan.

Perasaan bro tidak menentu sekarang. Mungkin banyak berfikir lebih luas kali ini. Berfikir tentang orang lain lebih dari berfikir tentang diri kadang2 buat kita rasa diri ini tidak penting. Sedangkan sepatutnya rasa diri lebih penting, barulah dapat membantu org2 lain. Tapi, bila saat2 bersendirian, selepas solat, baru bro sedar, hati sendiri perlu dijaga dahulu. Bila hati, jasad, roh dan akal dapat bersatu dengan sempurna, maka setiap tindakan yg lahir pasti mendapat keredhaanNya.

Sentiasa rasa berTuhan dalam diri. Sebab bila gembira, ada tempat utk dipanjatkan kesyukuran. Bila ditimpa musibah, ada tempat mengadu nasib kerana kita yakin pertolonganNya akan datang saat2 kita memerlukan. Tidak setiap saat hidup ini indah, kadang2 kita diuji utk melihat tahap kesabaran dan keredhaan kita terhadap Allah. Baru-baru ini, bro dalam perjalanan pulang berhari raya AidilAdha di kampung. Sehari sebelum itu, tahap keselamatan kereta telah diperiksa dengan rapi. Terutama di bahagian brek, yg agak bermasalah sebelum ini. Setelah ditukar ganti, esoknya bro pun pulang ke kampung. Nak dijadikan cerita, sampai saja di area Pedas/Linggi tiba2 kereta hilang kawalan dan agak mencemaskan. Alhamdulillah, bro sempat masuk ke hentian sebelah highway sebelum brek rosak. Bila berhenti, tgk2 tayar dah melekat tak nak pusing dah. Wah dasat ni. Berasap tayar. Apa pun, syukur dipanjatkan kerana bro selamat. Akhirnya abah juga jadi rescue petang tu. Thanks abah kerana mencari pomen dan dtg ke tempat kejadian. Kesian juga kat pomen tu, sampai malam dia berusaha buka tayar yg dah melekat tu. Cadang, kul 3 ptg nak sampai kampung kerana nak menghadiri jemputan kahwin seorang rakan, akhirnya kul 9 malam baru tiba. Tak sampai juga hajat nak pg kenduri. Nak sedapkan lagi cerita, esoknya pg semula ke bengkel utk recheck balik tayar. Pomen geleng kepala, sbb salah satu tayar tu ada 4 btg paku dok terbenam. Fuh, sekali lg syukur, sbb tak meletop masa drive sebelom2 nih. Moral of the story, ujian ini sebagai peringatan kepada kita, supaya sentiasa beringat padaNya.
Apapun, lepas ni perjalanan bro tetap diteruskan. Walau apa pun rintangan, bro terus ke hadapan selagi Allah mengizinkan dan kesihatan dalam keadaan terbaik. Misi bro 2009 :-

(1) Mempunyai pasukan latihan yg ikhlas bersama

(2) Byk kerja daripada berehat (hehe, insyaAllah)

(3) Bykkan Smart partnership

(4) Sasaran minima 4000 pelajar mendapat program latihan kecemerlangan

Amin

Mutiara kata : Pandai-pandailah menghargai orang yg beri peluang, kerana kadang2 setiap peluang yg diberi dibina dengan kasih sayang, harapan utk pastikan kita mencipta bahagia. (brother BOB)