Ahad, 3 Mei 2009

Kem Intervensi Kecemerlangan Belia 2009

Salam
Alhamdulillah, kali ini uncle telah diberi kesempatan oleh Kelab Belia Integrasi Gombak, sebagai Ketua Fasilitator untuk Kem Intervensi Kecemerlangan Belia 2009, anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Program yang berlangsung pada 17-19 April 2009 di The Rock Resort, Hulu Yam ini disertai oleh seramai hampir 40 orang belia dan remaja yg sangat hebat. Selain program bersama uncle, penceramah ASP Mariappan dari Ibu Pejabat Polis Gombak juga turut terlibat dalam memberi motivasi kepada peserta. Keceriaan sentiasa terpancar pada wajah peserta kerana pelbagai program menarik disediakan untuk mereka. Bagi uncle sendiri, sangat berpuas hati kerana diberikan adik2 yg mengerti erti kehidupan yg sebenarnya dan patut mereka lalui. Jangan lalai dari terus menjadi warga Malaysia yang baik. Jangan leka dari terus menjadi anak yg soleh, solehah. Potensi yg sangat besar telah wujud dalam diri masing2. Carilah dan galilah serta gunakan potensi itu ke arah kebaikan.

Adik2 yg dikasihi dan disayangi sampai bila2, fahamilah tiap kata, butir bicara, nasihat, teguran yang ikhlas dari uncle ini sepanjang 3 hari kita bersama. Niat, tidak lain dan tidak bukan sekadar ingin melihat satu masa nanti, adik2 akan lebih berjaya, selamat dan ada nilai harga diri pada pandangan orang lain. Disini kita bertemu, dan disini jua kita berpisah. Doa sepanjang masa, agar kita sentiasa dalam lindunganNya..














2 ulasan:

~ aman shah ~ berkata...

Ok adik-adik...
boleh kita teruskan program~~~

huhu..
rindu dgn suara ittu~~~

uncle BOB berkata...

Suara??? Man rindu suara yg mana satu? Ramai yg sebutnya.. Hehe