Rabu, 18 Februari 2009

Luangkan Masa, Buat Apa Yang Sepatutnya

Assalamualaikum
Alhamdulillah mood menulis kali ini disusuli hujan renyai2 di luar bilik bro. Seolah2 merestui apa yg bakal ditulis. Lama tidak menulis disebabkan banyak yg hendak ditulis, atau tiada apa yg hendak ditulis. Apapun tahniah pada diri sendiri kerana dah mula menulis. Hehe. lambat sket menaip sebab skrin dah mengecil skrg. Notebook yg berskrin besar tgh mengalami masalah dalaman. Biarkan dia, nanti satu masa nanti eloklah tu.

Selalu bro berpesan pada adik2, agar mula merancang sesuatu yg diinginkan. Kerna, dengan perancangan itu dapat membantu mempercepatkan impian jadi nyata. Dengan berperancangan, kita akan lebih teruja. Tuhan akan beri kita dalam bentuk ilham yang mana ditunjukkan kepada kita pilihan2 yang ada.

Perancangan Tuhan adalah yg terbaik. Kita sebagai manusia, hanya perlu berusaha untuk perbaiki diri ke arah yg lebih baik. Ingat, sebelum ni bro ada bagitahu, yang hadiah terbaik untuk diri adalah beri PELUANG, untuk perbaiki diri.

Bagaimana caranya untuk perbaiki diri?

Selama ini kita selalu hidup dengan mementingkan diri sendiri. Jarang kita sedar bahawa sekeliling kita penuh dengan orang2 yang juga mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak. Kita terlalu bersibuk dengan urusan sendiri sehingga lupa ada tanggungjawab lain yg perlu kita laksanakan. Maklumlah, setakat ini mungkin kita terlalu banyak mengecapi nikmat yg dikurnia Tuhan sehingga kita rasa nikmat yg diberi itu semata-mata utk kita. Jap2, masak air jap. Tetiba rasa nak minum kopi lak.

Adapun, apa yg kita ada, hanya pinjaman dari Tuhan untuk hambanya kembalikan semula kepada Tuhan dalam bentuk amal yg dilakukan. Mudah saja, gunakan apa yg kita ada utk sama2 membantu orang lain yg memerlukan bantuan. Ada itu bukan bermakna wang ringgit semata-mata, tapi dari sudut tenaga, kepakaran, masa, idea dan kasih sayang. Pergh, sedap betul kopi red guara ni.

Dengan cara kita meluangkan masa yg kita ada dengan orang lain, sedikit sebanyak boleh kita buat perbandingan. Kadang-kadang kita lebih beruntung daripada orang lain dari sudut keperluan hidup. Maka rasa syukur itu perlu diletakkan keutamaan dalam hati kita. Tuhan amat adil kerna di dunia ini ada orang miskin dan ada orang kaya. Sebab dengan keadaan ini, maka manusia mula berlumba-lumba untuk kemajuan diri. Tidak bermalas-malas sahaja jika semuanya kaya-raya.

Bro, awal tahun mula merancang untuk mengabdikan diri dengan kerja2 kebajikan dan kemasyarakatan. Tak tahu sebenarnya nak mula dari mana, kerana tak pernah terlibat pun dengan mana2 NGO. Tiada pengalaman. Tapi bezanya, hati ini kuat untuk membantu orang lain. Seperti yg bro beritahu sebelum ini yang penting dah masukkan dalam agenda perancangan. Yang lain2, serah pada Tuhan. Alhamdulillah, bro diperkenalkan dengan beberapa orang aktivis masyarakat yang sama hati, sama jiwa dengan bro untuk mula menggerakkan usaha ini. InyaAllah, tengah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah NGO. Doa dari sahabat2 dan adik2 moga usaha ini berjaya dilaksanakan.

Hihi. Suka sangat. Suka bertindak lain dari orang lain. Orang lain peringkat usia ini, dok sibuk mengumpul kekayaan, tetapi bro mengumpul benda lain. Biarlah, pendapat kan beza2. Pulak, lain organisasi, lain corak pemikirannya. Dah kalau itu yg dikejar, baguslah. Prinsip bro senang, berpegang kepada kerja berkumpulan. Jamaah. Orang2 yg bersama kita perlu sama2 berjaya. InsyaAllah kita boleh berjaya. cepat atau lambat itu urusan Tuhan. Yg penting sama2 kita perlu kepada hati yang ikhlas.

Alamak, habis lak kopi ni. Kepada semua sahabat2 dan adik2 di luar sana, jika ada masa, ruang dan peluang, cuba2lah libatkan diri dengan kerja2 kebajikan dan kemasyarakatan. Ramai insan di luar sana memerlukan bantuan orang2 seperti kita yang punya hati dan jiwa yang murni. Kalo hati keras dan jiwa kental sekalipun, tak salah lembutkan seketika. Sebab dengan ramai orang yang prihatin seperti kita dapat membantu masyarakat kita dari terus leka dan hanyut dengan arus kemodenan hingga hilang nilai jati diri.

Adik-adik remaja kita tidak kuat di luar sana. Perlu 'tiang' untuk mereka bersandar. Perlu 'lampu' untuk menerangi perjalanan hidup. Perlu 'tongkat' untuk belajar berjalan semula. Ada masa, pimpinlah mereka. bercakaplah dari hati, bisikkan pada mereka amanah2 yg perlu mereka tegakkan. Tak guna kita salahkan apa yang mereka sudah lakukan, tanpa ada usaha dari kita untuk hentikan segala kepincangan yang ada pada mereka.

Bersama-samalah kita untuk DIDIK REMAJA...
(Bro akan terus membantu remaja di luar sana, InsyaAllah)

Mutiara Kata: Apa yang lebih penting, bukan tentang apa yang diajarkan, tetapi apa yang dapat kita pelajari. (brother BOB)

Tiada ulasan: