Selasa, 12 April 2011

Cabaran Hari ini dan Masa Depan

Assalamualaikum
Bukan mudah untuk seseorang menjangkakan apa yang berlaku dalam kehidupan berikutnya. Tetapi, ada bijak pandai menyatakan apa yg berlaku pada masa depan bergantung kepada BUKU apa yg kita baca hari ini dan dengan SIAPA kita berkawan hari ini. Maka dengan itu boleh juga kita simpulkan apa yg berlaku hari ini adalah dari situasi buku apa yg kita baca dahulu dan dengan siapa kita berkawan dahulu. It's all about knowledge and people. Setiap hari kita menempuh proses kematangan diri. Makin lama kita hidup, makin besar pengalaman yg kita perolehi. Maka, tidak hairanlah kenapa ramai manusia berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Tetapi di dalam ketidakhairanan yg kita alami dalam situasi tadi, ada peliknya juga jika ada peristiwa yg mana makin besar pengalaman yang ada tetapi manusia itu menuju kearah kemusnahan diri. Sayang terhadap kebolehan dan bakat yang ada yg Allah beri tetapi tidak menggunakan dengan cara terbaik. Kenapa ini terjadi?? Sedangkan sebelum ini kehadiran kita disenangi rakan dan orang lain. Pemupukan sikap adalah segala-galanya. keinginan ada untuk berubah dan berjaya, tetapi kerana tiada keikhlasan dan merasa diri tidak penting, boleh menjauhkan diri sendiri dengan persekitaran terbaik yang dimiliki. Orang mula menjauhkan diri, orang juga mencari alasan utk tidak memberi kerjasama lagi. Apakah peluang yang diberi selama ini benar2 dihargai?? Orang mula rasa sangsi, orang juga mula timbul rasa benci. kan itu suasana yg tidak baik utk perkembangan diri kita. Maka apa lagi yg perlu kita buat, supaya orang sayang kembali, ikhlas dalam bersahabat, bekerja sama2?? Apa cara yg boleh menambat semula hati orang2 tersebut??? Dengan cara BERUBAHLAH. Orang masih ada rasa sayang lagi, sebab sebelum ini hati kita dan hati orang telah diikat dengan nilai yg amat tinggi iaitu kasih dan sayang serta ukhuwah yg erat terpatri. Kita akan dikira tidak berapa cerdik jika mengUTAMAkan perkara yg BUKAN UTAMA. Lebih2 lagi tidak berapa cerdik, meminggirkan perkara2 yg UTAMA. Minda sedar kita berfungsi amat baik untuk menganalisa perkara yg baik dan buruk. Maka tafsirlah ia sesempurna yang boleh. InsyaAllah, kita mampu MENGUBAHNYA. Masa masih ada utk berubah, takut2 masa yg ada berlalu begitu sahaja dan sia2.

Hari ini dan akan datang tidak akan sama. Minda, hati, fizikal, spiritual dan emosi kita bakal berdepan dunia yg makin mencabar. Kita harus kuat untuk memiliki ruang yg selesa ketika itu. Belajarlah mendengar nasihat dan kritikan. Ubahlah sebelum terlewat..

Uncle Bob ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat hari Selasa dan hari2 lain. moga kita terus ceria, hebat, disenangi org lain, disayangi. Uncle sentiasa menyayangi semua orang yg uncle kenali.. dengan harapan, ceh ada udang sebenarnya hikhikhik, dengan harapan orang pun turut menyayangi uncle. Doakan untuk uncle dan khususnya Team Rebutia Corp, terus istiqamah dalam perjuangan, ikhlas dalam persahabatan dan gigih memberi inspirasi kepada remaja Malaysia utk menjadi yg lebih baik dan berakhlak...

Love U all.



'Bersama anak-anak uncle dari Rumah Anak Yatim Al-Amin, Teluk Intan. Baru lepas mandi di Lata Kijang. Rindu pada mereka. Hope semua dalam keadaan terbaik. Bergambar sebelum pulang ke destinasi masing2. Uncle sayang kamoooo...'

Tiada ulasan: