Ahad, 14 Jun 2009

BELIA XPLORASI TIMUR 2009



Salam..
Ni lagi satu projek gergasi yg dirancang lebih kurang 3 minggu sahaja. Ustaz Rohisham selaku teraju utama menjadikan program ini, program realiti, cuma tak masuk tv je. Konsep program ini, uncle telah idam2kan sejak dulu lagi iaitu berbentuk edutour. Maksudnya, motivasi bergerak. Selama ini kita berkumpul di satu tempat utk menjalankan kursus atau kem, tp kali ini banyak tempat terlibat utk menambah ilmu para peserta. Bestnya, para peserta tidak perlu membayar apa2, kerana hampir keseluruhan kos kita memperolehi tajaan.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Belia dan Sukan kelantan, Gelanggang Seni kelantan, Gerakan Belia 4B Tapang, Pejabat Belia dan Sukan Gombak, Peniaga2 Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu dan lain2 yg tak dapat uncle sebutkan disini atas kerjasama yg telah diberikan sepanjang kami disana. Segala budi baik semua tak dapat kami balas. Moga Allah memberi rahmat kepada semua.

Kepada adik2 semua, jadikanlah perjalanan kita ini, perjalanan mengenal diri dan mengenal rakan. Kembara yg kita lalui ini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi kita tentang kehidupan. Kita bukan sekadar berjalan menyaksi keindahan, atau sibuk membeli itu dan ini, tapi kita didedah dengan kegigihan org lain dalam mencari rezeki. Belajar menghormati budaya setempat, menghargai perpaduan melalui sukan yg kita buat, budaya menepati masa. Ada antara adik2 yg bijak utk rebut peluang dan tak kurang juga yg 'let it go' begitu saja. Bagi uncle, perjalanan ini indah sgt, sebab byk belajar tentang manusia dan kasih sayang. Moga dapat bertemu lagi pada Xplorasi di tempat2 lain pula, insyaAllah.

*Sekadar merakam penghargaan kasih, buat adik Rahman, terima kasih kerana sudi menyediakan kenderaan khas sepanjang kami disana. Sanggup pula mengambil cuti selama 2 hari semata2 nak memudahkan kami. Turut tak lupa pada adik shazaly, xstudent usj 12, yg kini sedang belajar nak jd pilot di lapangan terbang Pengkalan Chepa bersama2 6 sahabatnya yg sudi meluangkan masa menjenguk uncle di tempat penginapan dan bersama2 di galeri seni menyaksikan wayang kulit. Belajar elok2, nanti dah jd pilot bg uncle tiket free eh, hehehe. Thank you, thank you, thank you...

2 ulasan:

KAHERAH berkata...

wahhhh...berwajah baru ini blog..warghhhhh..gambo itu membuatkan aku teringat zaman sekolah kita..azmi n bakhtiar da ada anak da pun..aku tgu ko plak!

DMS MAB Syuhada berkata...

eeh tgk slide ni rindu plak di kalbu nk berprog, tp apakan daya..rindunyee kat adik2..walau dimana dikau berada di selrurh msia.. :D miss my UTM, KKDK, QAID...gud luck to bro bob,teruskn perjuangan...