Ahad, 14 Jun 2009

Program Kepimpinan Kendiri (Y2Y)



Salam...
Alhamdulillah berjaya jugak program ini dilaksanakan. Setelah berminggu-minggu preparation dibuat, akhirnya pada 22-24 April 2009, seramai 87 belia dari Gombak menyertainya. Kuota utk pgrm ini seramai 80 org, tetapi menurut pegawai belia yg menyelia pgrm ini, menerima permohonan seramai 120 org. Sungguh tidak disangka, semangat belia2 Gombak terhadap program2 yg disediakan oleh pihak kerajaan amat tinggi. Dan uncle sendiri, beberapa kali memanjat Hotel Legend sbb nak berurusan dengan penceramah Utama pgrm ini iaitu Dato' Dr. Hj. Mohamed Mansor Abdullah, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia turut dipermudahkan. Dato' sebenarnya adalah merupakan seorang guru kepada uncle semasa di UTM dulu. Beliau antara orang yg menyebabkan uncle bergiat aktif dalam bidang motivasi ini. Semasa beliau menjawat jawatan Pengarah Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar dan Timbalan Canselor HEP, uncle sempat mengikuti beliau menjalankan kajiannya. Terima kasih Dato', harap2 sudi bekerjasama lagi.

Ada peristiwa sedih semasa uncle tiba untuk berjumpa Dato' di legend Hotel sehari sebelum pgrm berlangsung. Kejadian ragut berlaku di depan mata uncle. Seorang wanita sedang berjalan, tiba2 begnya diragut oleh 2 pemuda bermotosikal. Nasib baik wanita itu selamat. Tapi, uncle macam tergamam pulak masa tu. Kalau sedar, rasanya mahu saja uncle kejar dan langgar saja peragut tu. Yg sedihnya, peragut tu budak melayu, bangsa uncle sendiri. Yg uncle tahu, lelaki melayu sifatnya melindungi, bukannya menzalimi. Harap sangatlah, adik2 yg uncle didik tidak berkelakuan seperti itu. Kita keturunan yg baik2, kena jaga maruah diri. Fikir dosa, pahala dalam setiap tindakan kita...

Tiada ulasan: