Ahad, 3 Mei 2009

Program Retreat Keluarga anjuran JKM

Salam
Malam ni kira uncle overtimelah. Update blog banyak2 sket. Hehe.
Kali ini cerita tentang program 2 dalam 1. Ada anak2 dan ada ibubapanya sekali. kita himpunkan, dan kita programkan mereka selama 3 hari 2 malam pada 24-26 April 2009 yg lalu. Biasanya, anak2 sahaja yg berkhemah, tapi kali ini ibu dan bapa juga turut serta berkhemah. Besar betul pengorbanan ibu dan ayah masing2 sehinggakan saat adik2 dah dewasa pun mereka masih sanggup luangkan masa untuk buktikan kasih sayang mereka. Kalau adik2 tak sedar, uncle tak tahulah.

Hari Pertama : Setelah sampai di Kem Rebutia, Gombak, Uncle sempat berikan sedikit taklimat dan salam pengenalan kepada semua peserta dan luangkan sedikit masa untuk mengenali ibu dan bapa. Selebihnya, uncle biarkan mereka untuk menikmati keindahan di kem ini. Malamnya baru program bermula. Setelah dirasmikan pembukaannya oleh kaunselor JKM, program diteruskan oleh motivator RCORP, YM Raja Kamrin Raja Haron. Pakar motivasi keibubapaan, yg uncle jemput khas dari Terengganu. Orangnya sangat berpengalaman. Alhamdulillah, dengan pengalamannya yg sgt luas, dapat berkongsi banyak ilmu dengan peserta.


YM Raja Kamrin Raja Haron, Motivator RCORP


En. Nor Azam Samsudin, motivator RCORP


Pegawai JKM




Aktiviti Keluarga


Barisan Fasilitator RCORP











Ustaz Sham, motivator RCORP, sedang bagi rasional aktiviti



Bro. Jundullah sedang membantu seorang ibu menulis.





Uncle sedang memberi amanat terakhir


Antara tetamu yg hadir


Fasilitator sedang menenangkan emosi peserta



Sesi luahan kasih sayang antara ibu dan bapa kepada anak2, dan luahan rindu dan kasih dari anak2 kepada ibu bapa masing2.

Hari kedua : Anak2 dan ibu bapa dipisahkan. Anak2 bersama dengan uncle untuk program mengenal potensi diri dan seterusnya mengikuti aktiviti kembara rimba, manakala ibu bapa bersama dengan sahabat uncle, En. Nor Azam untuk mendengar ceramah perancangan kewangan dan motivasi. Malamnya kita satukan semula semua untuk satu aktiviti keluarga. Seronok, dapat lihat anak2 menyanyikan lagu nasyid belaian ibu dan nasyid ayah untuk ibu bapa masing2. Sedihlah pulak. Selepas itu, aktiviti yang ditunggu2, apa lagi kalau bukan kembara mencari Nur, Hud2. Tapi, anak2 sahaja yg sertai tau. Tapi yg uncle syahdu sket malam tu, bila anak2 nak dibawa masuk ke hutan. Wujud kebimbangan diwajah ibu bapa masing2. Ada yg berdoa, dan ada yg bagi galakan pada anak2. Lagi syahdu tu, ada ayah yg tunggu sampai lewat pg, menunggu anaknya pulang. Rasa sgt ikatan kekeluargaan malam tu agak erat. Uncle harap ikatan itu tetap utuh selepas dari program ini.

Hari ketiga : Anak2 berada di atas pokok. Aktiviti highrope dan flying fox. Mak bapak support dari bawah. Pastu sama2 bina menara paip. Aktiviti ini lebih kepada bina kasih. Nak wujudkan kembali rasa kasih antara mereka, agar selepas ini segala perkara yg mendatang dapat diatasi secara berhikmah. Akhirnya sesi penutup yg mana uncle bagi peluang kepada mereka utk bercakap sesama mereka menggunakan hati bukannya emosi. Nampak mengalir laju air mata yg turun. Harap sgt, agar adik2 memahami susah payah ibu bapa membesarkan. Doa uncle sentiasa mengiringi kalian.

Ingatlah adik2ku. Apa pun yg kalian lakukan, masih ada orang yg sayang. Jangan sia2kan harapan yg telah diletakkan @ dipertanggungjawab kepada kita. Uncle sayang sgt kat kalian, dan kalau perlukan pertolongan, uncle InsyaAllah sedia membantu. Just for You...

2 ulasan:

KAHERAH berkata...

Salam...

Lama tak jenguk ko..apa kabar sekarang?

KAHERAH berkata...

nampaknye ko mmg sbuk skrg nie ye?